Enakmen Jenayah Syariah 1995
Bahagian
VI
Seksyen
44
Tajuk
Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang, oleh sebab ketaksempurnaan akalnya, tidak berupaya mengetahui sifat sebenar perbuatan itu pada masa dia melakukannya, atau bahawa apa yang dilakukannya adalah salah atau berlawanan dengan undang-undang.
Bagi maksud seksyen ini, jika seseorang berada dalam keadaan mabuk pada masa perbuatanatau ketinggalan yang diadukan itu dan—
(a) keadaan mabuk itu adalah sedemikian rupa sehingga dia tldak tahu bahawa perbuatan atau
ketinggalan itu adalah salah atau dia tidak tahu apa yang dilakukannya; dan
(b) keadaan mabuk itu telah terjadi tanpa persetujuannya dan akibat perbuatan niat jahat atau kecualan seorang yang lain,
maka dia hendaklah disifatkan sebagai orang yang tak sempurna akal.
Dalam seksyen ini, “mabuk” hendaklah disifatkan termasuk keadaan yang dihasilkan oleh narkotik atau dadah.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.