Semua Seksyen

Enakmen Jenayah Syariah 1995

Bahagian

VI

Seksyen

42

Tajuk

Ketidaksengajaan Dalam Melakukan Perbuatan Yang Sah Di Sisi Undang-Undang.
42

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan dengan tidak sengaja atau malang, dan tanpa apa-apa niat atau pengetahuan jenayah, pada melakukan suatu perbuatan yang sah di slsi undang-undang mengikut cara yang sah di sisl undang-undang, dan dengan cermat dan waspada yang sepatutnya.

Bahagian

VI

Seksyen

43

Tajuk

Perbuatan Kanak-Kanak Yang Belum Baligh.
43

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang belum baligh.

Bahagian

VI

Seksyen

44

Tajuk

Perbuatan Seseorang Yang Tidak Sempurna Akal.
44 [1]

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang, oleh sebab ketaksempurnaan akalnya, tidak berupaya mengetahui sifat sebenar perbuatan itu pada masa dia melakukannya, atau bahawa apa yang dilakukannya adalah salah atau berlawanan dengan undang-undang.

44 [2]

Bagi maksud seksyen ini, jika seseorang berada dalam keadaan mabuk pada masa perbuatanatau ketinggalan yang diadukan itu dan—

 

(a) keadaan mabuk itu adalah sedemikian rupa                     sehingga dia tldak tahu bahawa perbuatan atau
ketinggalan itu adalah salah atau dia tidak tahu               apa yang dilakukannya; dan

(b) keadaan mabuk itu telah terjadi tanpa                              persetujuannya dan akibat perbuatan niat jahat              atau kecualan seorang yang lain,
maka dia hendaklah disifatkan sebagai orang                  yang tak sempurna akal.

44 [3]

Dalam seksyen ini, “mabuk” hendaklah disifatkan termasuk keadaan yang dihasilkan oleh narkotik atau dadah.

Bahagian

VI

Seksyen

45

Tajuk

Perbuatan Orang Yang Terpaksa Oleh Sebab Ugutan.
45 [1]

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa melakukannya oleh sebab ugutan yang sedemikian sifatnya sehingga menyebabkan orang itu semunasabahnya percaya, pada masa dia melakukan perbuatan itu, bahawa jika dia tidak melakukannya dia akan mati pada masa itu juga.

45 [2]

Kecuallan yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidaklah terpakai jika orang yang melakukan perbuatan itu telah meletakkan dirinya, dengan
kerelaannya sendiri, dalam keadaan yang menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu.

 

Hui aian 7—Seseorang yang, dengan kerelaannya sendiri, atau kerana diugut akan dipukul, menyertai kumpulan ajaran salah dengan mengetahul pegangan mereka tidaklah berhak mendapat faedah daripada kecualian ini atas alasan bahawa dia telah dipaksa oleh sekutunya supaya melakukan sesuatu yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.

 

Huraian 2-Seseorang yang ditangkap oleh suatu kumpulan ajaran salah dan dipaksa supaya melakukan
sesuatu perkara yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang dengan ugutan bahawa jika dia tidak
melakukannya dia akan mati pada masa itu juga adalah berhak mendapat faedah daripada kecualian ini.

Bahagian

VII

Seksyen

46

Tajuk

Penyubahatan Sesuatu Perkara.
46

Seseorang menyubahatl pelakuan sesuatu perkara jika dia—

 

(a) menghasut mana-mana orang supaya melakukan           perkara itu; atau

(b) mengambil bahagian bersama dengan seorang                atau leblh daripada seorang lain dalam apa-apa
pakatan jahat untuk melakukan perkara itu, jika            apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang
menyalahi undang-undang berlaku ekoran                      daripada pakatan jahat itu, dan dengan tujuan                hendak melakukan perkara itu; atau

(c) dengan sengaja membantu, dengan apa-apa                     perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi
undang-undang, pelakuan perkara ltu.

Huraian I—Seseorang yang, dengan penyataan salah sengaja, atau penyembunyian sengaja suatu fakta
material yang dia terikat mendedahkannya, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, atau cuba
untuk menyebabkan atau mendapatkan, supaya sesuatu perkara dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.

 

MISALAN

A, seorang pegawai awam, adalah diberikuasa dengan waran daripada mahkamah untuk menangkap Z. B,
yang mengetahui hal itu dan juga yang mengetahui bahawa C bukanlah Z, dengan sengaja menyatakan
kepada A bahawa C ialah Z, dan oleh yang demikian dengan sengaja menyebabkan A menangkap C. Di sini
B bersubahat dengan cara hasutan dalam penangkapan C.

Huraian 2—Mana-mana orang yang, sama ada sebelum atau pada masa sesuatu perbuatan dilakukan,
melakukan apa-apa jua untuk memudahkan perbuatan itu dilakukan dan oleh yang demikian memudahkan
perbuatan itu dilakukan, adalah dikatakan membantu melakukan perbuatan itu.

Bahagian

VII

Seksyen

47

Tajuk

Penyubahat.
47

Seseorang adalah menyubahati sesuatu kesalahan jika dia sama ada bersubahat dalam pelakuan
sesuatu kesalahan, atau bersubahat dalam pelakuan sesuatu perbuatan yang akan menjadi suatu
kesalahan sekiranya dilakukan oleh seseorang yang berupaya di sisi undang-undang melakukan sesuatu
kesalahan dengan niat atau pengetahuan yang sama dengan niat atau pengetahuan pensubahat itu.

Huraian 1—Menyubahati dalam peninggalan sesuatu perbuatan dengan menyalahi undang-undang boleh
terjumlah kepada suatu kesalahan, sungguhpun penyubahat itu sendiri tidak terikat untuk melakukan
perbuatan itu.

Huraian 2—Untuk mewujudkan kesalahan penyubahatan tidaklah perlu bahawa perbuatan yang disubahati
itu dilakukan atau bahawa kejadian yang cukup bagi mewujudkan kesalahan itu telah disebabkan
berlaku.

MISALAN

A menghasut B supaya meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut. B enggan
melakukannya. A adalah bersalah menyubahati B supaya melakukan kesalahan itu.

 

Huraian 3—Tidaklah perlu bahawa orang yang disubahati itu berupaya di sisi undang-undang untuk
melakukan sesuatu kesalahan, atau bahawa dia sepatutnya mempunyai niat atau pengetahuan salah yang
sama dengan niat atau pengetahuan salah penyubahat itu, atau mempunyai apa-apa niat atau
pengetahuan salah.

 

MISALAN

A, dengan niat salah, menyubahati seorang kanak-kanak atau seorang yang tak sempurna akal supaya
melakukan suatu perbuatan yang akan menjadi suatu kesalahan sekiranya dilakukan oleh seseorang yang
berupaya di sisi undang-undang melakukan sesuatu kesalahan dan yang mempunyai niat yang sama
seperti A. Di sini A, sama ada perbuatan itu dilakukan atau tidak, adalah melakukan penyubahatan
suatu kesalahan.

 

Huraian 4—Oleh sebab penyubahatan sesuatu kesalahan adalah suatu kesalahan maka menyubahati
penyubahatan itu adalah juga suatu kesalahan.

MISALAN

A menghasut B supaya menghasut C minum minuman yang memabukkan. Oleh sebab itu B menghasut C
supaya minum minuman itu dan C melakukan kesalahan itu oleh sebab hasutan B. B boleh dihukum atas kesalahannya dengan hukuman bagi kesalahan minum minuman yang memabukkan, dan oleh sebab A telah menghasut B melakukan kesalahan itu maka A juga boleh dihukum dengan hukuman yang sama.

 

Huraian 5—Untuk mewujudkan kesalahan penyubahatan dengan pakatan jahat tidaklah perlu bahawa
penyubahat itu menyertai kesalahan itu bersama orang yang melakukannya. Adalah memadai jika dia
mengambil bahagian dalam pakatan jahat itu dan kesalahan itu dilakukan pada menurut pakatan jahat
itu.

Bahagian

VII

Seksyen

48

Tajuk

Menyubahati Di Dalam Negeri Selangor Kesalahan Di Luar Negeri Selangor. .
48

Seseorang adalah menyubahati sesuatu kesalahan mengikut pengertian Enakmen ini jika di dalam
Negeri Selangor dia menyubahati pelakuan suatu perbuatan di luar Negeri Selangor yang akan menjadi
suatu kesalahan sekiranya dilakukan di Negeri Selangor.

Bahagian

VII

Seksyen

49

Tajuk

Hukuman Bagi Pensubahat.
49

Mana-mana orang yang menyubahati apa-apa kesalahan boleh, jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan menurut penyubahatan itu, walaupun orang yang disubahati itu melakukan perbuatan itu dengan niat atau pengetahuan yang berlainan daripada niat atau pengetahuan penyubahat itu, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Bahagian

VII

Seksyen

50

Tajuk

Tanggungan Penyubahat Jika Perbuatan Yang Berlainan Dilakukan.
50

Jika sesuatu perbuatan disubahati dan suatu perbuatan yang berlainan dilakukan, penyubahat itu
bertanggungan bagi perbuatan yang dilakukan mengikut.cara yang sama dan sehingga takat yang sama seolah-olah dia telah menyubahati perbuatan yang dilakukan jika perbuatan yang dilakukan—
(a) adalah aklbat barangkali daripada penyubahatan            itu; dan

(b) telah dilakukan dengan pengaruh hasutan itu,                atau dengan bantuan atau kerana menurut                      pakatan jahat yang mewujudkan penyubahatan              itu.

Bahagian

VII

Seksyen

51

Tajuk

Penyubahat Bertanggungan Bagi Kesalahan Yang Disubahati Dan Kesalahan Tambahan Yang Dilakukan.
51

Jika perbuatan yang dilakukan adalah merupakan tambahan kepada perbuatan yang disubahati dan
membentuk suatu kesalahan berasingan, dan penyubahat itu tahu bahawa perbuatan tambahan itu mungkin berlaku, tambahan maka penyubahat
itu boleh dihukum bagi setiap kesalahan itu.

Bahagian

VII

Seksyen

52

Tajuk

Percubaan.
52 [1]

Mana-mana orang yang cuba—

(a) melakukan mana-mana kesalahan yang boleh                 dihukum di bawah Enakmen in1 atau di bawah               mana-mana undang-undang bertulis lain yang                berhubungan dengan Hukum Syara’; atau

(b) menyebabkan kesalahan itu dilakukan,

 

dan dalam percubaan itu melakukan apa-apa perbuatan ke arah pelakuan kesalahan itu boleh, jika
tiada peruntukan nyata dibuat dalam Enakmen ini atau undang-undang bertulis lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi hukuman untuk percubaan itu, dihukum dengan hukuman yang
diperuntukkan bagi kesalahan itu.

52 [2]

Apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan sebagai hukuman di bawah subseksyen (l) bagi suatu percubaan untuk melakukan suatu kesalahan atau untuk menyebabkan suatu kesalahan dilakukan tidak boleh melebihi satu perdua daripada tempoh maksimum pemenjaraan yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Bahagian

VIII

Seksyen

53

Tajuk

Penetapan Pusat Pemulihan Atau Rumah Diluluskan.
53

Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam War-ta menetapkan mana-mana tempat menjadi pusat
pemulihan diluluskan atau rumah diluluskan bagi maksud Enakmen ini.

Bahagian

VIII

Seksyen

54

Tajuk

Kuasa Mahkamah Untuk Mengkomitkan Orang Yang Disabitkan Ke Pusat Pemulihan Atau Rumah Diluluskan.
54 [1]

Jika mana-mana Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atas suatu kesalahan di bawah Bahagian II atau di bawah seksyen 9, 10 atau 11, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti hukuman yang dinyatakan bagi kesalahan itu, memerintahkan supaya orang itu menjalani kaunseling atau pemulihan di suatu pusat pemulihan diluluskan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

54 [2]

Jika mana-mana Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang perempuan atas suatu kesalahan di
bawah Bahagian IV, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti hukuman yang dinyatakan bagi kesalahan itu, memerintahkan supaya orang perempuan itu dikomitkan ke suatu rumah diluluskan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Bahagian

VIII

Seksyen

55

Tajuk

Pemansuhan Dan Kecualian.
55 [1]

Bahagian IX Enakmen 1952 hendaklah terhenti dan kecualian. berkuatkuasa di Negeri Selangor dan setakat itu hendaklah disifatkan telah dimansuhkan.

55 [2]

Walaupun Bahagian IX Enakmen 1952 (“Bahagian termansuh”) dimansuhkan, segala prosiding di
bawah Bahagian termansuh itu, termasuk apa-apa rayuan daripada apa-apa keputusan mana-mana
Mahkamah di bawah Bahagian termansuh itu, hendaklah diteruskan dan dibereskan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.

 

Bahagian

1

Seksyen

3

Tajuk

Kekecualian Prerogatif.
3

Kecuali Sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan kuasa-kuasa preprogtif Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam dalam Negeri Selangor sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Bahagian

II

Seksyen

4

Tajuk

Pemujuaan Salah.
4 [1]

Mana-mana orang yang memuju alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukkan pemujuaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang, binatang, tempat atau benda dengan apa-apa cara yang menyalahi Hukum Syara’ adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-keduanya.

4 [2]

Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa benda yang digunakan dalam pelakun atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Bahagian

II

Seksyen

5

Tajuk

Mendakwa Bukan Orang Islam Untuk Mengelakkan Tindakan.
5

Mana-mana orang yang mendakwa dirinya bukan orang Islam untuk mengelakkan apa-apa tindakan diambil terhadap dirinya di bawah Eakmen ini atau mana-mana Enakmen lain yang berkuatkuasa di Negeri ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

II

Seksyen

6

Tajuk

Takfir.
6 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang mengatakan atau mengaitkan atau melalui kata-kata, sama ada secara lisan atau tulisan, atau dengan isyarat, atau dengan gambaran tampak, atau denagan apa-apa perbuatan, kegiatan atau kelakukan, atau dengan mengelolakan, menganjurkan atau mengaturkan apa-apa kegiatan, atau selainnya dengan apa-apa jua cara, bahawa mana-mana orang yang menganuti agama Islam, atau orang-orang yang tergolong dalam mana-mana kumpulan, kelas atau perihalan orang yang menganuti agama Islam-

(a) adalah orang kafir;

(b) telah berhenti menganuti agama Islam;

(c) tidak patut diterima, atau tidak dapat diterima, sebagai               menganuti agama Islam atau;
(d) tidak mempercayai, mengikut, menganuti atau                              tergolong dalam agama Islam,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

6 [2]

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi-

(a) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana                                 Mahkamah atau pihak berkuasa agama yang                                   ditubuhkan, dibentuk atau dilantik melalui atau di                       bawah mana-mana undang-undang bertulis dan yang                 diberi oleh undang-undang bertulis kuasa untuk                           memberikan atau mengeluarkan apa-apa fatwa atau                     keputusan tentang apa-apa perkara mengenai agama                   Islam; atau

(b) apa-apa jua yang dilakukan ole mana-mana orang                       menurut atau mengikut apa-apa fatwa atau keputusan                 yang diberikan atau dikeluarkan oleh Mahkamah atau                 pihak berkuasa agama itu, sama ada atau tidak fatwa                   atau keputusan itu adalah secara bertulis atau, jika                       bertulis, sama ada atau tidak disiarkan dalam Warta.

Bahagian

II

Seksyen

7

Tajuk

Doktrin Palsu.
7 [1]

Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan Hukum Syara’ atau mana-mana/aiwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini dan apabila disabitkan boleh dldenda tldak meleblhl llma ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana- mana kombinasl hukuman itu.

7 [2]

Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana- mana dokumen atau benda yang digunakan dalam pelakuan kesalahan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (l)
dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Bahagian

II

Seksyen

8

Tajuk

Dakwaan Palsu.
8

Mana-mana orang yang—
(a) mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain                  sebagai rasul atau nabi, Imam Mahadi atau wali; atau

(b) menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-                    mana orang lain mengetahul peristiwa atau perkara
di luar pemahaman atau pengetahuan manusia,

 

sedangkan perisytiharan, pernyataan atau dakwaan ltu              adalah palsu sera bertentangan dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya.

Bahagian

III

Seksyen

9

Tajuk

Mempersendakan Dll, Ayat Al Quran Atau Hadith.
9

Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat Al-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

III

Seksyen

10

Tajuk

Menghina Atau Menyebabkan dipandangan Hina, Dll, Agama Islam.
10

ana-mana orang yang dengan perkataan yang dapat didengar atau dibaca atau dengan lukisan,
tanda atau bentuk lain gambaran yang tampak atau yang dapat dilihat atau dengan apa-apa cara lain—

(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam             dipandang hina;

(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh                      amalan atau upacara yang berhubungan dengan
agama Islam; atau

(c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina                 mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa
di Negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

III

Seksyen

11

Tajuk

Memusnahkan Atau Mencemarkan Tempat Beribadat.
11

Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana masjid atau surau atau tempat beribadat lain atau apa-apa kelengkapannya dengan niat untuk menghina atau mempersendakan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Bahagian

III

Seksyen

12

Tajuk

Menghina Pihak Berkuasa Agama.
12

Mana-mana orang yang beHindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar, atau mempertikaikan perintah atau arahan—

(a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda sebagai             Ketua agama Islam;

(b) Majlis;

(c) Mufli, yang dinyatakan atau diberikan mel%ui fatwa,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

III

Seksyen

13

Tajuk

Pendapat Yang Bertentangan Dengan fatwa.
13 [1]

Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang apa-apa isu, ajaran isiam atau HuKum xyara‘ yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila dlsabltkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tldak melebihl dua tahun atau kedua-duanya.

13 [2]

Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau bahantara lain yang mengandungi pendapat yang disebut dalam subseksyen (l) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan yang berkaitan dengan pendapat itu.

Bahagian

III

Seksyen

14

Tajuk

Mengajar tanpa Tauliah.
14 [1]

Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah subseksyen 79(3) Enakmen Pentadbiran adalah melakukan suaN kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

14 [2]

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam di kediamannya sendiri dan dengan kehadiran anggota keluarganya sendiri sahaja.

Bahagian

III

Seksyen

15

Tajuk

Mengingkari Perintah Mahkamah.
15

Mana-mana orang yang mengingkarl, melanggar, mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina apa- apa perintah Hakim atau Mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

III

Seksyen

16

Tajuk

Penerbitan Agama Yang Bertentangan Dengan Hukum Syara.
16

Mana-mana orang yang—

(a) mencetak, menyiarkan, menerbitkan, merakamkan atau             menyebarkan dengan apa-apa cara apa-apa buku atau                 dokumen atau apa-apa bentuk lain rakaman yang                         mengandungi apa- apa jua yang bertentangan dengan                 Hukum Syara’; atau

(b) ada dalam miliknya apa-apa buku, dokumen atau                         bentuk lain rakaman sedemikian untuk dijual atau
bagi maksud untuk disebarkan dengan apa- apa cara                   lain,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

16 [2]

Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana- mana buku, dokumen atau bentuk lain rakaman yang disebut dalam subseksyen ( 1) dilucuthakkan dan dimusnahkan walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan berkaitan dengan buku, dokumen atau bentuk lain rakaman itu.

Bahagian

III

Seksyen

17

Tajuk

Berjudi.
17 [1]

Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

17 [2]

Tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini kerana didapati berada di tempat yang merupakan rumah judi jika dia memuaskan hati Mahkamah bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin tahu bahawa tempat itu ialah rumah judi.

17 [3]

Dalam seksyen ini, “rumah judi” ertinya mana- mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup , yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran nasib dan kemahiran, sama ada dibenarkan oleh mana- mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapat wang atau nilai wang.

Bahagian

III

Seksyen

18

Tajuk

Minuman Yang Memabukkan.
18 [1]

Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

18 [2]

Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

Bahagian

III

Seksyen

19

Tajuk

Tidak Menghormati Ramadhan.
19

Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan-

(a) menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli               apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau
benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum           atau dihisap dalam waktu itu;

(b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan,                  minum atau menghisap rokok atau apa- apa benda lain              yang seumpamanya,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringg1t atau dipenjarakan selama tempoh tldak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

1

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas. mula berkuatkuasa dan pemakaian.
1 [1]

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan pleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

1 [2]

Enakmen ini hendaklah terpakai hanya bagi orang-orang Islam sahaja.

Bahagian

1

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2 [1]

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“baligh” ertinya sudah cukup umur mrngikut Hukum Syara’;

“Enakmen 1952” ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syara’ 1952;

“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1952;

“fatwa” ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah dan mengikut seksyen 31 Enakmen Pentadbiran;

“Hakim” ertinya Hakim yang dilantik di bawah seksyen 38 atau seksyen 40 Enakmen Penadbiran;

“Hukum Syara’ ” ertinya Hukum Syara’ mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf;

“li’an” ertinya sesuatu pengataan yang dibuat oleh seseorang lelaki dengan bersumpah mengikut Hukum Syara’ bahawa isterinya telah melakukan zina;

“Makhamah” ertinya mana-mana Makhamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 37 Enakmen Pentadbiran;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran;

“Mufti” ertinya orang yang dilantik di bawah subseksyen 29(1) Enakmen Pentadbiran, dan termasuklah Timbalannya;

“muncikari” ertinya seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa tujuan yang menyalahi Hukum Syara’;

“perbuatan sumbang mahram” ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan  yang, mengikut Hukum Syara’ , dilarang mengahwini satu sama lain;

“qazaf” ertinya membuat pengataan palsu terhadap mana-mana orang;

“takfir” ertinya menganggap sesorang orang Islam sebagai orang bukan Islam;

“zina” ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah.

2 [2]

Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing dalam Akta-Akta itu setakat yang erti sedemikian tidak tercanggah dengan Hukum Syara’.

2 [3]

Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau tafsiran perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.

2 [4]

Jika timbul sebarang keraguan atau kesulitan dalam pentafsiran apa-apa perkataan atau ungkapan yang berkaitan dengan Hukum Syara’, Makhamah hendaklah mempunyai budi bicara untuk menentukan erti perkataan atau ungkapan itu.

Bahagian

III

Seksyen

20

Tajuk

Tidak Menunaikan Sembahyang Jumaat.
20

Mana-mana orang lelaki, yang ballgh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tlga kall berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bahagian

III

Seksyen

21

Tajuk

Tidak Membayar Zakat Atau Fitrah.
21

Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi—

(a) enggan membayar atau dengan sengaja tidak                   membayar zakat atau fitrah itu; atau

(b) enggan membayar atau dengan sengaja tidak                   membayar zakat atau fitrah itu melalui amll                     yang dilantik, atau mana-mana pihak lain yang               diberikuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat             atau fitrah,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

IV

Seksyen

22

Tajuk

Perbuatan Sumbang Mahram.
22

Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Bahagian

IV

Seksyen

23

Tajuk

Pelacuran.
23 [1]

Mana-mana orang perempuan yang melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana
kombinasi hukuman itu.

23 [2]

Mana-mana orang yang—

(a) melacurkan isterinya atau anaknya atau                           kanak-kanak dalam peliharaannya; atau

(b) menyebabkan atau membenarkan isterlnya                      atau anaknya atau kanak-kanak dalam                              peliharaannya melacurkan diri,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabltkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringglt atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam
sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Perbuatan sumbang mahram.

Bahagian

IV

Seksyen

24

Tajuk

Muncikari.
24

Mana-mana orang yang bertindak sebagai mpncikarl adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tldak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Bahagian

IV

Seksyen

25

Tajuk

Persetubuhan Luar Nikah.
25 [1]

Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apablla disabitkan boleh didenda tidak meleblhi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

25 [2]

ana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya
yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana komblnasi hukuman ltu.

25 [3]

Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah aklbat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya dan sedang dia sedar tentang perbuatannya adalah keterangan prima facie tentang pelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu.

25 [4]

Bagi maksud subseksyen (3), seseorang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.

Bahagian

IV

Seksyen

26

Tajuk

Perbuatan Sebagai Persediaan Untuk Melakukan Persetubuhan Luar Nikah.
26

Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan pertubuhan luar nikah, walaupun perbuatan itu tidak sampai ke tahap suatu percubaan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 25, adalah melakukan suatu kesalahan dan apablla disabitkan boleh didenda tidak melebihl llma ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dlhukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Bahagian

IV

Seksyen

27

Tajuk

Hubungan Jenis Antara Orang Yang Sama Jantina.
27

Mana-mana orang yang melakukan hubungan jenis dengan orang yang sama jantina dengannya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya.

Bahagian

IV

Seksyen

28

Tajuk

Persetubuhan Bertentangan Denagn Hukum Tab ii.
28

Mana-mana orang yang melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii dengan mana-mana
lelaki, perempuan atau binatang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Bahagian

IV

Seksyen

29

Tajuk

Khalwat.
29 [1]

Mana-mana—

(a) orang lelaki yang didapati berada bersama                        dengan seorang atau lebih daripada seorang                    perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;

(b) orang perempuan yang didapati berada bersama            dengan seorang atau lebih daripada seorang                    lelaki yang bukan suami atau mahramnya,

di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau        kedua-duanya.

Bahagian

IV

Seksyen

30

Tajuk

Lelaki Berlagak Seperti Perempuan.
30

Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana
tempat awam untuk tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua- duanya.

Bahagian

IV

Seksyen

31

Tajuk

Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.
31

Mana-mana orang yang denagn sengaja bertindak atau berlakukan tidak sopan bertentangan dengan Hukum Syara’ di mana-mana tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tdiak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bahagian

V

Seksyen

32

Tajuk

Memujuk Lari Perempuan Bersuami
32

Mana-mana orang yang memujuk lari sesorang perempuan bersuami atau membawanya pergi atau dengan apa-apa cara lain mempengaruhinya supaya meninggalkan rumahtangga yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebhi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya perempuan bersuami itu kembali kepada suaminya.

Bahagian

V

Seksyen

33

Tajuk

Menghalang Pasangan Yang Sudah Bernikah Daridapa Hidup Sebagai Suami Isteri.
33

Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah dengan sah daripada hidup sebagai suami isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi du tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

Bahagian

V

Seksyen

34

Tajuk

Menghasut Suami Atau Isteri Supaya Bercerai Atau Mengabaikan Kewajipan.
34

Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri suapaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

V

Seksyen

35

Tajuk

Menjual Atau Memberikan Anak Kepada Orang Bukan Islam.
35

Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah
peliharaannya kepada seseorang yang tidak beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu.

Bahagian

V

Seksyen

36

Tajuk

Qazaf.
36

Kecuali dalam kes li an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syara’, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

V

Seksyen

37

Tajuk

Pemungutan Zakat Atau Fitrah Tanpa Diberikuasa.
37

Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa clia dilantik sebagai amil atau selainnya diberikuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

V

Seksyen

38

Tajuk

Penyalaligunaan Tanda Halal.
38

Mana-maita orang yang mempamerkan, pada mana- mana makanan atau minuman yang tidak halal, apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa makanan atau minuman itu adalah halal adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahuit atau kedua-duanya.

Bahagian

VI

Seksyen

39

Tajuk

Perbuatan Hakim Apabila Bertindak Secara Kehakiman.
39

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seorang hakim apabila bertindak secara kehakiman pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya, atau yang dia dengan suci hati percaya telah diberikan kepadanya, oleh undang-undang.

Bahagian

VI

Seksyen

40

Tajuk

Perbuatan Yang Dilakukan Menurut Penghakiman Atau Perintah Mahkamah.
40

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan menurut, atau yang diwajarkan oleh, penghakiman atau perintah mahkamah, jika dilakukan semasa penghakiman atau perintah ltu masih berkuatkuasa, walaupun mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat penghakiman atau perintah itu, dengan syarat bahawa orang yang melakukan perbuatan itu percaya dengan suci hati bahawa mahkamah itu mempunyai bidang kuasa sedemikian.

Bahagian

VI

Seksyen

41

Tajuk

Perbuatan Yang Dilakukan Oleh Seseorang Yang Mempunyai Justifikasi Di Sisi Undang- Undang.
41

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana orang yang mempunyai justifikasi di sisi undang-undang, atau yang oleh sebab kesilapan fakta dan bukan kesilapan undang-undang dengan suci hati percaya bahawa dia mempunyai justifikasi di sisi
undang-undang untuk melakukan yang demikian.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.