Enakmen Jenayah Syariah 1995

Bahagian

VI

Seksyen

45

Tajuk

Perbuatan Orang Yang Terpaksa Oleh Sebab Ugutan.
45 [1]

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa melakukannya oleh sebab ugutan yang sedemikian sifatnya sehingga menyebabkan orang itu semunasabahnya percaya, pada masa dia melakukan perbuatan itu, bahawa jika dia tidak melakukannya dia akan mati pada masa itu juga.

45 [2]

Kecuallan yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidaklah terpakai jika orang yang melakukan perbuatan itu telah meletakkan dirinya, dengan
kerelaannya sendiri, dalam keadaan yang menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu.

 

Hui aian 7—Seseorang yang, dengan kerelaannya sendiri, atau kerana diugut akan dipukul, menyertai kumpulan ajaran salah dengan mengetahul pegangan mereka tidaklah berhak mendapat faedah daripada kecualian ini atas alasan bahawa dia telah dipaksa oleh sekutunya supaya melakukan sesuatu yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.

 

Huraian 2-Seseorang yang ditangkap oleh suatu kumpulan ajaran salah dan dipaksa supaya melakukan
sesuatu perkara yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang dengan ugutan bahawa jika dia tidak
melakukannya dia akan mati pada masa itu juga adalah berhak mendapat faedah daripada kecualian ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.