Enakmen Mineral (Selangor) 2000
Bahagian
XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti
Seksyen
148
Tajuk
Dalam mana-mana pendakw aan di bawah Enakmen ini, sesuatu perakuan analisis yang dikatakan dibuat di bawah tandatangan seseorang penganalisis hendaklah, apabila dikemukakan perakuan itu oleh pegawai pendakw a, menjadi keterangan yang mencukupi tentang fak ta yang dinyatakan dalamnya melainkan j ika penganalisis itu dikehendaki hadir sebagai seorang saksi—
(a) oleh mahkamah; atau
(b) oleh tertuduh, yang dalam hal itu tertuduh hendaklah memberi pegawai pendakwa notis tidak kurang dari tiga hari genap sebelum bermulanya perbicaraan itu:
Dengan syarat sentiasanya bahawa dalam apa-apa hal yang mengenainya pegawai pendakw a bercadang untuk memberi sebagai keterangan mana-mana laporan itu dia hendaklah menghantar suatu salinannya kepada tertuduh tidak kurang dari sepuluh hari genap sebelum bermulanya perbicaraan itu.
Dalam seksyen ini, “penganalisis” ertinya—
(a) seseorang yang pada masa ini diambil bekerja sepenuhnya atau sebahagiannya dalam kerja analitis kimia atau fizik yang berhubungan dengan mineral di Jabatan Penyiasatan Kajibumi atau oleh Kerajaan Negeri; atau
(b) seseorang yang menjalankan kerja analitis kimia atau fizik yang berhubungan dengan mineral dan diambil bekerja oleh suatu makmal yang diiktiraf oleh Jabatan Penyiasatan Kajibumi.
Jika mana-mana penganalisis dipanggil oleh tertuduh sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1), dia hendaklah dipanggil atas perbelanjaan tertuduh melainkan jika mahkamah mengatahkan
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.