Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim

Bab

2 - Perintah Interim

Seksyen

204

Tajuk

Penjualan harta mudah musnah, dsb.
204

Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak dalam
mana-mana kausa atau perkara, membuat suatu perintah bagi
penjualan oleh mana-mana orang, mengikut apa-apa cara dan atas
apa-apa terma, jika ada, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu mana-mana harta alih yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya dan mungkin merosot jika disimpan atau yang bagi apa-apa sebab baik yang lain adalah wajar dijualkan dengan serta-merta.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.