Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bab

2 - Penguatkuasaan

Seksyen

151

Tajuk

Penguatkuasaan penghakiman untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan
151 [1]

Jika—

(a) seseorang yang dikehendaki oleh sesuatu penghakiman atau perintah supaya melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan dalam penghakiman atau perintah itu enggan atau abai melakukannya dalam masa itu atau dalam masa yang dilanjutkan atau dipendekkan di bawah seksyen 238, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(b) seseorang mengingkari suatu penghakiman atau perintah yang menghendakinya supaya menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan,

maka, tertakluk kepada Enakmen ini, penghakiman atau perintah itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—

(aa) dengan kebenaran Mahkamah, perintah pengkomitan; atau

(bb) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, dengan kebenaran Mahkamah, perintah pengkomitan terhadap mana-mana pengarah atau pegawai yang bertanggungjawab bagi pengurusan pertubuhan itu.

151 [2]

Jika sesuatu penghakiman atau perintah menghendaki
seseorang melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan dalamnya dan suatu perintah dibuat kemudiannya di bawah seksyen 152 menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam suatu masa yang lain, maka sebutan dalam subseksyen (1) mengenai penghakiman atau perintah hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai perintah yang dibuat di bawah seksyen 152.

151 [3]

Jika di bawah mana-mana penghakiman atau perintah yang menghendaki penghantarserahan apa-apa harta alih, orang yang boleh dikenakan pelaksanaan mempunyai pilihan untuk membayar nilai tertaksir harta itu, dan penghakiman atau perintah itu tidak boleh dikuatkuasakan melalui perintah pengkomitan di bawah subseksyen (1), maka Mahkamah boleh, atas permohonan orang yang berhak menguatkuasakan penghakiman atau perintah itu, membuat suatu perintah yang menghendaki orang mula-mula disebut itu menghantarserahkan harta itu kepada pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu dan perintah itu bolehlah dilaksanakan sedemikian.

151 [4]

Permohonan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat dalam Borang MS 33 dan disokong dengan afidavit dan suatu salinan permohonan dan afidavit itu hendaklah disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu hendak dikuatkuasakan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.