Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
2 - Penguatkuasaan
Seksyen
150
Tajuk
Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi penghantarserahan apa-apa harta alih yang tidak memberi orang yang terhadapnya penghakiman itu diberikan atau perintah itu dibuat pilihan membayar nilai tertaksir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
(a) perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali harta itu tanpa peruntukan pilihan bagi mendapatkan kembali nilai tertaksir harta itu (kemudian daripada ini disebut “perintah penghantarserahan khusus”); atau
(b) dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah
pengkomitan.
Tertakluk kepada Enakmen ini, sesuatu penghakiman atau
perintah bagi penghantarserahan apa-apa harta alih atau pembayaran nilai tertaksir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
(a) perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali harta itu atau nilai tertaksirnya;
(b) dengan kebenaran Mahkamah, perintah penghantarserahan khusus; atau
(c) dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.
Sesuatu perintah penghantarserahan khusus, dan sesuatu
perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali apa-apa harta alih atau nilai tertaksirnya, boleh mengandungi peruntukan bagi menguatkuasakan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan oleh penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan oleh perintah itu supaya dibayar.
Sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran nilai tertaksir apa-apa harta alih bolehlah dikuatkuasakan melalui cara yang sama seperti mana-mana penghakiman atau perintah lain bagi pembayaran wang.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.