Enakmen Mineral (Selangor) 2000
Bahagian
IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan
Seksyen
84
Tajuk
Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati, selepas berunding dengan Jawatankuasa, bahawa ada alasan yang yang membolehkan kuasanya untuk membatalkan lesen dijalankan di bawah perenggan 83(4)(a) tetapi hal keadaan adalah tidaklah sedemikian rupa sehingga mewajarkan pembatalan, maka Pihak berkuasa negeri boleh mengikut budi bicaranya—
(a) membuat suatu perintah bagi pembayaran denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dalam mass yang dinyatakan;. atau
(b) mengeluarkan suatu notis dalam apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan, menyatakan tindakan yang perlu diambil untuk meremedikan kemungkiran atau pelanggaran tersebut dalam masa yang dinyatakan.
Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi pemegang lesen melombong tuan punya notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (1).
Apabila notis di bawah subseksyen (2) disampaikan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mengendorskan atau menyebabkan diendorskan butir tentang—
(a) perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a , atau
(b) notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (I)(b),
mengikut mana-mana yang berkenaan, pada lesen melombong tuan punya yang disimpan dalam daftar yang disebut dalam seksyen 115.
Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan (l)(a) dipatuhi, pengendorsan di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu
Jika perintah yang dibuat di bawah perenggan I)(a) tidak dipatuhi, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen melombong tuan punya itu
Walau apa pun subseksyen (4), jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa kemungkiran atau pelanggaran itu berterusan, maka ia hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen melombong tuan punya itu
Jika notis yang dikeliiarkan di bawah perenggan l)(b) dipatuhi, pengendorsan yang dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah dengan demikian itu
Jika notis yang dikeluarkan di bawah perenggan I)(b) tidak dipatuhi, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen melombong tuan punya itu
Walau apa pun subseksyen (7), jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa kemungklran atau pelanggaran itu berterusan, maka ia hendaklah membuat suatu perintah mengisytiharkan lesen melombong tuan punya itu
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.