Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan
Bab
4 - Peruntukan Khas Berhubungan Dengan Saman Penghutang Penghakiman
Seksyen
178
Tajuk
Pada hari yang ditetapkan untuk pendengaran saman penghutang penghakiman, Mahkamah boleh memeriksa penghutang penghakiman itu dan saksi-saksi lain dengan iqrar.
(2) Jika penghutang penghakiman tidak hadir pada hari yang ditetapkan untuk pendengaran saman itu, Mahkamah boleh—
(a) memerintahkan supaya dia ditangkap dan dibawa ke hadapan Mahkamah untuk diperiksa; atau
(b) membuat suatu perintah di bawah subseksyen (3) terhadap penghutang penghakiman itu.
Mahkamah boleh memerintahkan penghutang penghakiman membayar hutang penghakiman itu sama ada—
(a) sekali gus dengan serta-merta atau dalam apa-apa masa yang ditetapkan oleh Mahkamah; atau
(b) dengan apa-apa ansuran yang hendaklah dibayar pada masa yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.