Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim

Bab

2 - Perintah Interim

Seksyen

206

Tajuk

Mendapatkan kembali harta alih yang tertakluk kepada lien, dsb.
206

Jika plaintif, atau defendan melalui tuntutan balas, menuntut untuk mendapatkan kembali harta alih tertentu dan pihak yang daripadanya harta itu hendak didapatkan kembali tidak mempertikaikan hakmilik pihak yang membuat tuntutan itu tetapi menuntut bahawa dia berhak memegang simpan harta itu menurut kuasa suatu lien atau selainnya sebagai jaminan bagi apa-apa jumlah wang, Mahkamah boleh, pada bila-bila masa selepas tuntutan bahawa dia berhak sedemikian ternyata daripada pliding itu, jika ada, atau melalui afidavit atau selainnya hingga memuaskan hatinya, memerintahkan bahawa pihak yang hendak mendapatkan kembali harta itu adalah bebas untuk membayar ke dalam Mahkamah, sementara menanti keputusan tindakan itu, amaun wang yang
mengenainya jaminan itu dituntut dan apa-apa jumlah wang selanjutnya, jika ada, bagi bayaran perkhidmatan dan kos sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah dan bahawa, apabila bayaran sedemikian dibuat, harta yang dituntut hendaklah diserahkan kepada pihak yang menuntutnya, tetapi tertakluk kepada Akta Kawalan
Pertukaran Wang 1953 [Akta 17].

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.