Enakmen Mineral (Selangor) 2000
Bahagian
IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan
Seksyen
55
Tajuk
Jika suatu permohonan untuk membaharui suatu
lesen mencarigali atau lesen penjelajahan dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri—
(a) dalam tempoh yang disebut dalam subseksyen 43(2); dan
(b) lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itti sepatutnya habis tempoh jika tidak kerana subseksyen ini,
maka lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu hendaklah terus berkuatkuasa sehingga permohonan itu ditentukan tetapi hendaklah disifatkan telah habis tempoh pada tarikh permohonan tersebut ditolak.
Jika permohonan untuk mendapatkan suatu lesen mencarigali dengan peluasan batuan keras, atau pajakan melombong, atau lesen melombong tuan punya, dibuat oleh pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan—
- semasa lesen carigali atau lesen penjelajahan itu masih berkuatkuasa; dan
- lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu sepatutnya habis tempoh jika tidak kerana subseksyen ini,
maka lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu hendaklah terus berkuatkuasa berkenaan dengan tanah yang menjadi subjek permohonan itu sehingga permohonan itu ditentukan, dan tanah yang tidak menjadi subjek permohonan itu hendaklah disifatkan telah dilepaskan.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.