Enakmen Mineral (Selangor) 2000
Bahagian
XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti
Seksyen
137
Tajuk
Seseorang pegawai diberikuasa boleh tanpa waran—
- menangkap mana-mana orang yang didapati melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini; dan
- menyita apa-apa benda yang difikirkannya perlu disita berhubungan dengan keterangan yang perlu bagi membuktikan berlakunya mana-mana kesalahan
Seseorang pegawai diberikuasa yang membuat penangkapan di bawah perenggan (l)(a) hendaklah tanpa kelengahan yang tak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang terdekat atau, jika tidak ada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang terdekat, dan selepas itu orang yang ditangkap sebagaimana yang disebut terdahulu hendaklah diuruskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang- undang yang berhubungan dengan prosedur jenayah yang sedang berkuatkuasa pada masa ini seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.