Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

XVIII - Penguatkuasaan dan Pelaksanaan

Bab

2 - Penguatkuasaan

Seksyen

152

Tajuk

Kuasa Mahkamah untuk menetapkan masa
152 [1]

Walaupun sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, membuat perintah yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

152 [2]

Jika sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan tidak menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat suatu perintah kemudiannya yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

152 [3]

Permohonan untuk mendapatkan suatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam Borang MS 34 dan salinan permohonan itu hendaklah, walau apa pun apa-apa peruntukan lain Enakmen ini, disampaikan kepada orang yang dikehendaki melakukan perbuatan yang berkenaan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.