Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
XX - Prosiding Interlokutori Dan Perintah Interim
Bab
1 - Prosiding Interlokutori
Seksyen
193
Tajuk
Jika pemohon tidak hadir pada pendengaran permohonannya, Mahkamah boleh membuang permohonan itu.
Jika mana-mana pihak dalam sesuatu permohonan tidak hadir di pendengaran pertama atau mana-mana pendengaran sambungannya dan Mahkamah berpendapat adalah suaimanfaat diteruskan pendengaran itu tanpa kehadiran mana-mana pihak, maka Mahkamah bolehlah berbuat demikian.
Sebelum meneruskan pendengaran tanpa kehadiran mana- mana pihak, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa permohonan itu atau notis tentang masa yang ditetapkan bagi pendengaran sambungannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah disampaikan dengan sempurnanya kepada pihak itu.
Jika permohonan itu telah dibuang tanpa pendengaran oleh sebab pemohon tidak hadir, maka Mahkamah, jika berpuas hati bahawa adalah adil berbuat sedemikian, boleh membenarkan permohonan itu dimasukkan semula.
Jika Mahkamah yang mendengar sesuatu permohonan meneruskan pendengaran tanpa kehadiran sesuatu pihak, maka, dengan syarat bahawa apa-apa perintah yang dibuat pada pendengaran itu belum lagi disempurnakan, Mahkamah, jika berpuas hati adalah adil berbuat demikian, boleh mendengar semula permohonan itu.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.