Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999

Bahagian

II - Penubuhan Lembaga

Seksyen

6

Tajuk

Fungsi dan Kuasa Lembaga
6 [1]

Fungsi Lembaga adalah untuk-

(a) memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri Lembaga. berkenaan dengan dasar-dasar, cara-cara dan langkah-langkah yang hendak diambil untuk menjaga, memelihara dan memudahkan pembangunan mampan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air yang efisien bagi maksud awam;

(b) membangun, melaksana dan menggalakkan projek infrastruktur untuk tujuan pelbagai fungsi;

(c) mengatur dan mengawal pemindahan air antara lembangan di dalam Negeri;

(d) membangun dan melaksanakan panduan, standard prestasi, cara-cara dan tatacara tatacara berhubungan dengan pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber-sumber air;

(e) menyelaras perhubungan pelbagai agensi dalam Negeri dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan untuk kegunaan sumber-sumber air pelbagai fungsi;

(f) menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang diarah oleh Pihak Berkuasa Negeri;

(g) mengendalikan penyelidikan berhubungan dengan pengurusan, penggunaan efisien,
pembangunan dan pemuliharaan sumber-sumber air dan sumber-sumber di dalamnya;

(h) menyediakan latihan dan mengadakan kemudahan untuk latihan berhubungan dengan fungsi Lembaga;

(i) menasihati Pihak Berkuasa Negeri berhubungan dengan perisytiharan kawasan yang
ditetapkan dan dilindungi serta merumus dan melaksanakan pelan pembangunan dan pelan pengurusan untuk kawasan-kawasan itu;

(j) menjaga kepentingan Negeri di dalam hal pembangunan, pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumbèr-sumber air;

(k) mengurus dan mengawal pemasangan, pengendalian dan penyelenggaraan tempat- tempat dan peralatan kepunyaan Lembaga;

(I) menjaga kepentingan pengguna-pengguna air berhubungan dengan jumlah, kualiti dan harga yang hendak dikenakan untuk bekalan air;

(m) menggalakkan penubuhan pertubuhan pemegang kepentingan untuk Lembaga dalam pembangunan dan pemuliharaan sumber-sumber air;

(n) memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh Lembaga kepada manamana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka;

(o) menswastakan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, mana-mana pengusahaannya mengikut peruntukan Enakmen ini;

(p) menyiasat sebarang kejadian, kesalahan atau kemalangan yang berlaku di atas atau
berhubungan dengan suatu sumber air;

(q) membuat apa-apa benda lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsi-fungsinya dengan berkesan atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsi- fungsinya.

6 [2]

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk-

(a) mengendalikan tinjauan, membuat kajian daya maju dan mengumpul maklumat untuk penyelidikan dan penyediaan pelan-pelan pengurusan serta pemuliharaan mana mana sumber air;

(b) merumus, meluluskan dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan dan pembangunan untuk sumber-sumber air dan membuat sebarang kerja yang berhubungan dengannya;

(c) merumus dan meluluskan caj dan fee untuk penggunaan sumber-sumber air dan sumber-sumber di dalamnya;

(d) menasihati Pihak Berkuasa Negeri tentang penetapan sebarang kawasan sebagai kawasan yang ditetapkan atau zon terlindung untuk perlindungan, pengawalan dan pengurusan yang lebih rapi bagi kawasan itu;

(e) mengatur dan mengawalselia mana-mana aktiviti pengubahan sumber dan tindakan seseorang atau badan berkenaan mana-mana sumber air;

(f) menetap dan mengenakan fee dan apa-apa caj lain yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya di bawah Enakmen ini;

(g) membina, menyelenggara, memulih, mendiami semula dan menggunakan sebarang struktur, bangunan, atau kerja-kerja di dalam batasan mana-mana sumber air;

(h) membina, menyelenggara, memperbaiki, memulih dan membaik pulih sebarang kerja-kerja di luar batasan sumber-sumber air seperti yang diperlukan untuk perlindungan kerja-kerja kepunyaannya di dalam batasan mana-mana sumber air;

(i) mengawalselia pengeluaran lesen dan permit atas terma-terma dan syarat-syarat yang
dianggap wajar untuk masuk kepada atau keluar daripada sebarang kawasan yang ditetapkan atau dilindungi, atau untuk pelaksanaan aktiviti pengubahan sumber di dalam batasan mana-mana sumber air dan untuk mengenakan bayaran fee bagi pengeluaran lesen atau permit itu;
(j) menasihati Pihak Berkuasa Negeri berhubungan dengan pemindahan air dari, di antara dan di kalangan negeri-negeri;

(k) menyelaras kegiatan pihak berkuasa awam, pertubuhan pemegang kepentingan dan mana-manaorang berhubungan dengan pengurusan, penggunaan efisien dan pemuliharaan sumber-sumber air;

(l) melantik atau menggaji agen, penasihat teknikal, konsultan atau orang lain untuk
mengendalikan apa-apa perkara atau memasukki kantrak bagi pelaksanaan apa-apa kerja, untuk perkongsian keuntungan atau usahasama dengan mana-mana orang atau badan;

(m) memperolehi melalui pembelian, hadiah atau sebaliknya dan melupuskan atau berurusan dengan barta alih dan harta tak alih dan sebarang kepentingan di dalamnya, atas terma-terma dan syarat-syarat yang dianggap wajar oleh Lembaga;

(n) membuat atau melaksanakan sebarang perbuatan yang dianggap oleh Lembaga sebagai perlu, bermanfaat atau suai manfaat untuk dilakukan atau dibuat di dalam pelaksanaan tugas-tugasnya atau untuk melaksanakan secara lebih berkesan tujuan-tujuan Enakmen ini; dan

(o) melaksanakan semua fungsi dan kuasa dan menjalankan semua tugas yang diberikan atau diwakilkan kepadanya di bawah atau berkenaan mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.