Semua Seksyen

Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk Ringkas, Pemakaian dan Mula Berkuat Kuasa
1 [1]

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

1 [2]

Enakmen ini hendaklah terpakai bagi semua sungai, tembangan sungai, kawasan tadahan air, tanah perairan, air bumi, perairan pantai dan badan air dalam Negeri Selangor, kecuali yang berada sepenuhnya dalam Pusat Pentadbiran Persekutuan Putra Jaya.

1 [3]

Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya –

(a) perutukan yang berlainan Enakmen ini;

(b) Enakmen ini bagi sungai, lembangan sungai, air bumi, perairan pantai dan badan air yang berlainan atau mana-mana bahagian daripadanya, dan

(c) peruntukan yang berlainan Enakmen ini bagi sungai, lembangan sungai, air bumi, perairan pantai dan badan air yang berlainan atau mana-mana bahagian daripadanya.

 

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“air bumi” ertinya air bawah permukaan yang terdapat di bawah aras air di dalam tanah-tanih dan bentukan geologik dan termasuklah-

(a) sesuatu telaga, lubang gerek atau bentuk kerja sepertinya yang digali ke dalam strata bawah tanah, termasuklah mana-mana adit atau saluran yang dibina berhubungan dengan telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu bagi menyenangkan pengumpulan air di dalam telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu;

(b) mana-mana penggalian ke dalam strata bawah tanah di mana paras air dalam penggalian itu bergantung sepenuhnya atau sebahagian besarnya kepada air yang memasukinya daripada strata itu; dan

(c) mana-mana air bumi yang ditetapkan;

   “aktiviti pengubahan sumber” ertinya pelaksanaan apa-apa kerja-kerja atau aktiviti yang melibatkan atau berkemungkinan mempunyai kesan –

a) memisahkan, mengeluarkan atau menggali bahan daripada sesuatu sumber air yang mengubahkan keadaan dasar, tebing atau pesisiran sumber air itu;

(b) menggalangi, melencongkan atau menjejaskan aliran dan pergerakan air di dalam sesuatu sumber air;

(c) mengubahkan keadaan asal sumber air itu;

(d) mengurangkan daya sesuatu sumber air untuk mengandung air; atau

(e) menebusgunakan tanah yang menjadi sebahagian daripada sesuatu sumber air

dan bagi maksud perenggan (b) tafsiran ini, sesuatu aktiviti atau kerja-kerja boleh, tanpa menjejaskan keluasan perenggan itu, terdiri dari pembinaan jambatan, lebuhraya, tambatan, benteng hakisan, pemecah ombak, pembetungan, laluan pejalan kaki, tanjakan bot, tambatan bot, rak ikan, kolam pemeliharaan ikan dan tanda navigasi pada, dalam atau di atas sesuatu sumber air;

“alam sekitar” ertinya faktor-faktor fizikal bagi kawasan di sekeliling manusia termasuk tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi bagi binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan dan faktor-faktor sosial astetika;

“badan air” ertinya mana-mana alur, tasik, kolam, tanah perairan, perairan pantai dan badan air lain, sama ada semulajadi atau buatan dan termasuklah mana-mana badan air yang ditetapkan;

“badan air yang ditetapkan” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai badan air yang ditetapkan di bawah Bahagian VI;

“bahan buangan” termasuklah apa-apa benda yang ditetapkan sebagai buangan terjadual, atau apa-apa benda sama ada dalam bentuk pepejal, separuh pepejal, atau cecair, atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekitar dalam apa-apa isipadu, komposisi atau cara yang menyebabkan pencemaran;

“bahan pencemar” ertinya apa-apa benda semulaiadi atau buatan, sama ada dalam bentuk pepejal, separuh pepejal atau cecair, atau dalam bentuk gas atau wap, atau campuran sekurang-kurangnya dua daripada benda ini, atau bau-bau busuk atau bunyi atau haba yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan atau yang berkemungkinan dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan daripada mana-mana sumber yang boleh secara langsung atau tidak langsung menyebabkan pencemaran dan termasuk apa-apa benda berbahaya kepada alam sekitar;

“dasar” berhubungan dengan sesuatu sumber air, ertinya tanah yang dibatasi oleh tebing yang paling terdekat dengan sumber air itu;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini;

“dokumen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Keterangan, 1950;

“kawasan tadahan air” ertinya mana-mana kawasan daripada mana sesuatu sumber air menerima aliran permukaan yang berasal dari hujan dan termasuklah mana-mana kawasan tadahan air yang ditentukan;

“kawasan yang ditetapkan” ertinya mana-mana-

(a) kawasan tadahan air;

(b) lembangan sungai;

(c) badan air;

(d) air bumi; atau

(e) tanah perairan,

yang ditetapkan atau mana-mana kawasan lain yang diisytiharkan sebagai kawasan yang ditetapkan di bawah Enakmen ini;

“kawasan tadahan air yang ditetapkan” ertinya mana-mana kawasan yang disytiharkan sebagai kawasan tadahan air yang ditetapkan di bawah Bahagian VI;

“Kerajaan Negeri” ertinya Kerajaan Negeri Selangor;

“kerja-kerja” termasuklah apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan-

(a) pembinaan, pembuatan atau pemasangan apa-apa struktur, bangunan, alat, vesel, pembetungan, kerja tanah atau tambak pada, di dalam atau atas, mana-mana sumber air;

(b) pengorekan, penambakan, mendalamkan atau pembuangan apa-apa bahan atau benda ke dalam mana-mana sumber air;

(c) menanam, memotong dan menebang apa-apa tumbuh-tumbuhan di kawasan tanah bersebelahan dengan mana-mana badan air atau yang berada dalam lembangan sungai; dan

(d) pengepongan, pelencongan, pembuangan, penggalangan atau penggangguan terhadap aliran dan penggunaan air di dalam mana-mana sumber air;

   “Lembaga” ertinya Lembaga Urus Air Selangor yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“lembangan sungai” ertinya mana-mana sungai dan kawasan tadahan air yang mengelilingi sungai itu dan termasuklah lembangan sungai yang ditetapkan;

“lembangan sungai yang ditetapkan” ertinva mana-mana kawasan yang disytiharkan sebagai lembangan sungai yang ditetapkan di bawah Bahagian VI;

“lesen” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini;

“maksud awam” ertinya penggunaan mana-mana sumber air yang Negeri mempunyai
kepentingan termasuklah navigasi, rekreasi, pengekalan kehidupan akuatik dan ikan, habitat ikan dan kehidupan liar, kehidupan liar, kualiti air, kesihatan awam, pemberhentian pencemaran, kecantikan astetika dan pengeluaran tenaga;

“mampan” ertinya menguruskan kegunaan dan pembangunan sumber dengan sebegitu cara dan pada kadar yang membolehkan manusia dan masyarakat membuat
persediaan secara berterusan bagi kebaikan sosial, kesihatan, ekonomi dan kebudayaan mereka di samping menjaga daya sokongan kehidupan air untuk memelihara kehidupan dan melindungi sumber-sumber alam sekitar yang disokong oleh sumber air;

“negeri-negeri” ertinya negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia;

“Negeri” ertinya Negeri Selangor;

“orang” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967;

“pemegang kepentingan” ertinya mana-mana orang, organisasi, pertubuhan atau pihak berkuasa awam yang mempunyai kepentingan di dalam atau terjejas oleh pembangunan, penggunaan dan pemuliharaan mana-mana sumber air;

“pencemaran” ertinya apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, atau biologi mana-mana bahagian alam sekitar dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan benda berbahaya kepada alam sekitar, bahan pencemar atau bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam, atau kepada binatang, burung, hidup-hidupan liar, ikan atau hidup-hidupan dalam air, atau kepada tumbuh-tumbuhan atau menyebabkan suatu pelanggaran terhadap apa-apa syarat, had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini;

“Pengarah” ertinya ketua pegawai eksekutif Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 9 dan termasuklah mana- mana pegawai yang menjalankan tugas-tugas Pengarah;

“pengendali” ertinya mana-mana orang yang dilesenkan di bawah Bahagian X;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksven 4 dan termasuklah Timbalan Pengerusi sementara semasa melaksanakan fungsi-fungsi Pengerusi;

“Pentadbir Tanah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di dalam Kanun Tanah Negara, 1965;

“perairan pantai” ertinya bahagian tertentu laut Negeri yang tidak melebihi tiga batu nautika diukur daripada tanda air surut pasang surut perbani biasa dan termasuklah
semua tanah yang terletak di antara tanda air pasang dan tanda air surut pasang surut perbani biasa;

“perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 7;

“pihak berkuasa awam” ertinya mana-mana pihak yang menjalankan kuasa-kuasa yang terletak hak padanya oleh undang-undang Persekutuan atau undang-undang negeri, atau mana-mana orang yang dilantik oleh atau bertindak bagi mana-mana pihak berkuasa itu;

“Pihak Berkuasa Negeri” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967;

“pihak berkuasa tempatan” ertinya mana-mana dewan bandaraya, majlis perbandaran atau majlis daerah, mengikut mana yang berkenaan;

“premis” termasuklah mana-mana bangunan atau struktur atau mana-mana bahagiannya (sama ada siap atau sebaliknya), tanah tanpa apa-apa bangunan atau struktur, dan mana-mana dermaga, jermang, kemudahan penurunan penumpang, vesel atau struktur timbul atas air atau yang dibina di atas mana-mana sumber air;

“rizab sungai” ertinya sungai itu dan had dataran banjir menghala ke darat yang terletak dalam jarak 50 meter dari tanda air pasang biasa sungai itu atau jarak lain yang diperuntukkan oleh Lembaga dan termasuklah mana-mana rizab sungai yang ditetapkan;

“sumber” ertinya apa-apa perkara, benda, bahan atau cecair yang berlaku dalam, berhubungan dengan atau bergantung kepada air sama ada ia memerlukan penggunaan tenaga kerja terhadap pengeluarannya dan sama ada di atas atau di bawah permukaan dan termasuklah tetapi tidak terhad kepada-

(a) flora dan fauna;

(b) air, galian, pasir atau tanah;

(c) produk semulajadi yang lain; atau

(d) mana-mana kawasan yang mempunyai ciri-ciri untuk maksud awam;

   “sumber air” ertinya mana-mana sungai, lembangan sungai, air bumi atau badan air;

“sungai” ertinya mana-mana alur buatan, saluran air semulajadi atau mana-mana anak sungai atau lencongan buatan terhadapnya dan mana-mana kepongan di dalam alur;

“Tabung” ertinya Tabung yang ditubuhkan di bawah bahagian IV;

“tanah perairan” ertinya mana-mana kawasan paya, fen, tanah gambut, rawa atau tanah rendah yang ditenggelami atau dipenuhi air yang statik atau mengalir, sama ada semulajadi atau sebaliknya, tawar, keroh atau masin, mengikut musim, tidak berterusan atau berterusan dan termasuklah mana-mana tanah perairan yang ditetapkan;

“tebing” berhubungan dengan sesuatu sumber air ertinva tebing sumber air itu yang terbentuk secara semulajadi atau buatan;

“vesel” termasuklah mana-mana kapal atau bot atau apa-apa jenis vesel yang digunakan bagi navigasi;

“zon banjir” ertinya mana-mana kawasan di tepi sungai yang senang dilanda banjir.

Bahagian

II - Penubuhan Lembaga

Seksyen

3

Tajuk

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor
3 [1]

Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Urus Air Selangor”

3 [2]

Lembaga hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan
mempunyai suatu meteri biasa, dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alib dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang diletakhak pada Lembaga, atas apa-apa terma yang didapati patut.

Bahagian

II - Penubuhan Lembaga

Seksyen

4

Tajuk

Keanggotaan Lembaga
4 [1]

Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Keanggotaan Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang Lembaga. dari sepuluh ahli lain seperti berikut:

(a) Menteri Besar yang hendaklah menjadi Pengerusi

(b) Setiausaha Kerajaan Neger yang hendaklah meniadi Timbalan Pengerusi;

(c) Penasihat Undang-Undang Negeri atau wakilnya;

(d) Pegawai Kewangan Negeri atau wakilnya;

(e) dua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik oleh Menteri Besar;

(f) Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Persekutuan;

(g) tidak lebih dari lima ahli lain yang, pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri mempunyai
kepakaran tinggi dalam perkara yang berhubungan dengan pengurusan dan pemuliharaan lembangan sungai, air bumi dan sumber air; dan

(h) Pengarah yang hendaklah menjadi Setiausaha Lembaga.

4 [2]

Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam suratcara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga yang disebut di dalam perenggan (g) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.

4 [3]

Anggota-anggota Lembaga bolehlah dibayar gaji atau elaun yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

4 [4]

Peruntukan-peruntukan di dalam Jadual Pertama adalah terpakai berkenaan dengan Lembaga dan anggota-anggotanya.

Bahagian

II - Penubuhan Lembaga

Seksyen

5

Tajuk

Meteri Lembaga
5 [1]

Meteri biasa Lembaga hendaklah mengandungi reka bentuk yang diluluskan oleh Lembaga dan meteri itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baru oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkannya patut.

5 [2]

Meteri biasa Lembaga hendaklah disimpan di dalam jagaan Setiausaha dan tidak boleh digunakan kecuali dengan kelulusan Lembaga.

5 [3]

Meteri Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan secara rasmi dan kehakiman

Bahagian

II - Penubuhan Lembaga

Seksyen

6

Tajuk

Fungsi dan Kuasa Lembaga
6 [1]

Fungsi Lembaga adalah untuk-

(a) memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri Lembaga. berkenaan dengan dasar-dasar, cara-cara dan langkah-langkah yang hendak diambil untuk menjaga, memelihara dan memudahkan pembangunan mampan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air yang efisien bagi maksud awam;

(b) membangun, melaksana dan menggalakkan projek infrastruktur untuk tujuan pelbagai fungsi;

(c) mengatur dan mengawal pemindahan air antara lembangan di dalam Negeri;

(d) membangun dan melaksanakan panduan, standard prestasi, cara-cara dan tatacara tatacara berhubungan dengan pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber-sumber air;

(e) menyelaras perhubungan pelbagai agensi dalam Negeri dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan untuk kegunaan sumber-sumber air pelbagai fungsi;

(f) menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang diarah oleh Pihak Berkuasa Negeri;

(g) mengendalikan penyelidikan berhubungan dengan pengurusan, penggunaan efisien,
pembangunan dan pemuliharaan sumber-sumber air dan sumber-sumber di dalamnya;

(h) menyediakan latihan dan mengadakan kemudahan untuk latihan berhubungan dengan fungsi Lembaga;

(i) menasihati Pihak Berkuasa Negeri berhubungan dengan perisytiharan kawasan yang
ditetapkan dan dilindungi serta merumus dan melaksanakan pelan pembangunan dan pelan pengurusan untuk kawasan-kawasan itu;

(j) menjaga kepentingan Negeri di dalam hal pembangunan, pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumbèr-sumber air;

(k) mengurus dan mengawal pemasangan, pengendalian dan penyelenggaraan tempat- tempat dan peralatan kepunyaan Lembaga;

(I) menjaga kepentingan pengguna-pengguna air berhubungan dengan jumlah, kualiti dan harga yang hendak dikenakan untuk bekalan air;

(m) menggalakkan penubuhan pertubuhan pemegang kepentingan untuk Lembaga dalam pembangunan dan pemuliharaan sumber-sumber air;

(n) memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh Lembaga kepada manamana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka;

(o) menswastakan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, mana-mana pengusahaannya mengikut peruntukan Enakmen ini;

(p) menyiasat sebarang kejadian, kesalahan atau kemalangan yang berlaku di atas atau
berhubungan dengan suatu sumber air;

(q) membuat apa-apa benda lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsi-fungsinya dengan berkesan atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsi- fungsinya.

6 [2]

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk-

(a) mengendalikan tinjauan, membuat kajian daya maju dan mengumpul maklumat untuk penyelidikan dan penyediaan pelan-pelan pengurusan serta pemuliharaan mana mana sumber air;

(b) merumus, meluluskan dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan dan pembangunan untuk sumber-sumber air dan membuat sebarang kerja yang berhubungan dengannya;

(c) merumus dan meluluskan caj dan fee untuk penggunaan sumber-sumber air dan sumber-sumber di dalamnya;

(d) menasihati Pihak Berkuasa Negeri tentang penetapan sebarang kawasan sebagai kawasan yang ditetapkan atau zon terlindung untuk perlindungan, pengawalan dan pengurusan yang lebih rapi bagi kawasan itu;

(e) mengatur dan mengawalselia mana-mana aktiviti pengubahan sumber dan tindakan seseorang atau badan berkenaan mana-mana sumber air;

(f) menetap dan mengenakan fee dan apa-apa caj lain yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasanya di bawah Enakmen ini;

(g) membina, menyelenggara, memulih, mendiami semula dan menggunakan sebarang struktur, bangunan, atau kerja-kerja di dalam batasan mana-mana sumber air;

(h) membina, menyelenggara, memperbaiki, memulih dan membaik pulih sebarang kerja-kerja di luar batasan sumber-sumber air seperti yang diperlukan untuk perlindungan kerja-kerja kepunyaannya di dalam batasan mana-mana sumber air;

(i) mengawalselia pengeluaran lesen dan permit atas terma-terma dan syarat-syarat yang
dianggap wajar untuk masuk kepada atau keluar daripada sebarang kawasan yang ditetapkan atau dilindungi, atau untuk pelaksanaan aktiviti pengubahan sumber di dalam batasan mana-mana sumber air dan untuk mengenakan bayaran fee bagi pengeluaran lesen atau permit itu;
(j) menasihati Pihak Berkuasa Negeri berhubungan dengan pemindahan air dari, di antara dan di kalangan negeri-negeri;

(k) menyelaras kegiatan pihak berkuasa awam, pertubuhan pemegang kepentingan dan mana-manaorang berhubungan dengan pengurusan, penggunaan efisien dan pemuliharaan sumber-sumber air;

(l) melantik atau menggaji agen, penasihat teknikal, konsultan atau orang lain untuk
mengendalikan apa-apa perkara atau memasukki kantrak bagi pelaksanaan apa-apa kerja, untuk perkongsian keuntungan atau usahasama dengan mana-mana orang atau badan;

(m) memperolehi melalui pembelian, hadiah atau sebaliknya dan melupuskan atau berurusan dengan barta alih dan harta tak alih dan sebarang kepentingan di dalamnya, atas terma-terma dan syarat-syarat yang dianggap wajar oleh Lembaga;

(n) membuat atau melaksanakan sebarang perbuatan yang dianggap oleh Lembaga sebagai perlu, bermanfaat atau suai manfaat untuk dilakukan atau dibuat di dalam pelaksanaan tugas-tugasnya atau untuk melaksanakan secara lebih berkesan tujuan-tujuan Enakmen ini; dan

(o) melaksanakan semua fungsi dan kuasa dan menjalankan semua tugas yang diberikan atau diwakilkan kepadanya di bawah atau berkenaan mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Bahagian

II - Penubuhan Lembaga

Seksyen

7

Tajuk

Kuasa untuk Menubuhkan Perbadanan
7

Lembaga bolehlah dari semasa ke semasa, dengan  kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, menurut Jadual 2, menubuhkan suatu perbadanan untuk melaksanakan dan mempunyai tanggungjawab, pejalanan dan pengurusan terhadap mana-mana sumber air yang telah diurus oleh Lembaga pada melaksanakan tugas dan fungsinya di bawah seksyen 6

Bahagian

II - Penubuhan Lembaga

Seksyen

8

Tajuk

Perwakilan
8 [1]

Lembaga bolehlah, tertakluk kepada apa-apa Perwakilan. syarat, had atau sekatan yang didapatinya patut dikenakan, mewakilkan kepada
mana-mana jawatankuasa, jawatankuasa kecil, pihak berkuasa awam atau Pengerusi, Timbalan
Pengerusi atau Pengarah kuasa serta kebenaran
untuk melaksanakan bagi pihaknya mana-mana fungsi, tanggungjawab dan kuasa yang ditentukan oleh Lembaga untuk dilaksanakan di dalam atau di luar Negeri kecuali kuasa untuk meminjam wang, mendapatkan pinjaman atau membuat peraturan dan sebarang fungi, tugas atau kuasa
yang telah diwakilkan boleh dilaksanakan atau dilakukan di atas nama dan bagi pihak Lembaga.

8 [2]

Tanpa prejudis kepada keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh mewakilkan kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Pengarah atau mana-mana ahlinya, pegawainya atau jawatankuasanya kuasa untuk membenarkan perbelanjaan dari Tabung atau sebarang wang lain di bawah kawalan Lembaga sehingga satu had yang disebutkan oleh Lembaga dalam kes itu.

Bahagian

II - Penubuhan Lembaga

Seksyen

9

Tajuk

Arahan oleh Pihak Berkuasa Negeri
9

Pihak Berkuasa Negeri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan kepada Lembaga arahan-arahan yang bersifat am yang bukan tak konsisten dengan peruntukan Enakmen ini dan Lembaga hendaklah melaksanakan arahan-arahan itu.

Bahagian

II - Penubuhan Lembaga

Seksyen

10

Tajuk

Maklumat Kepada Pihak Berkuasa Negeri
10

Lembaga hendaklah membekalkan sebarang penyata, laporan, akaun dan maklumat kepada Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan hartanya, kewangannya dan kegiatannya seperti diperlukan atau diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.