Enakmen Mineral (Selangor) 2000
Bahagian
V - Akses ke Atas Tanah
Seksyen
91
Tajuk
Penerima pajak suatu pajakan melombong yang diberikan berkenaan dengan tanah di bawah tanah berimilik tidak berhak mendapat akses melalui atau di atas tanah berimilik itu ke tanah di bawahnya kecuali—
(a) dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis pemunya tanah berimilik itu; atau
(b) mengikut suatu perintah akses sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah di bawah seksyen ini,
dan mana-mana kebenaran bertulis atau perintah akses itu hendaklah dilampirkan pada pajakan itu.
Peruntukan seksyen 89 selain daripada subseksyen (1) seksyen itu berhubungan dengan akses ke tanah berimilik hendaklah, dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu, terpakai bagi akses ke tanah di bawah tanah berimilik.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.