Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
165) PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KE KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri melalui jabatan-jabatan dari 2016 - 2018 dan jumlahnya.
Kerajaan Negeri Selangor menerima pemberian-pemberian daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Berikut adalah Laporan Terimaan Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri Selangor pada tahun 2016 – 2018 seperti di Lampiran A.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan lebih banyak peruntukan Kerajaan Persekutuan ke Selangor pada 2019?
Kerajaan Negeri sentiasa memastikan peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan diterima semaksimumnya. Berikut adalah kaedah-kaedah yang Kerajaan Negeri laksanakan untuk memastikan pemberian meningkat pada tahun 2019:
- Kerajaan Negeri akan menghantar permohonan dan tuntutan dengan mengikut garis panduan serta mengikut senarai semak yang telah ditetapkan Kementerian Kewangan Malaysia;
- Mengadakan bengkel, kursus dan latihan kepada agensi dan pihak yang bertanggungjawab bersama Kementerian Kewangan Malaysia berhubung tatacara dan penyediaan maklumat yang telah ditetapkan dan;
- Mengangkat Kertas Cadangan bagi semakan semula kadar pemberian sedia ada.