Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
28) RIZAB BERSIH KEWANGAN PBT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah rizab bersih di setiap PBT sejak tahun 2008 sehingga tahun yang terkini.
Butiran terperinci kesemua rizab tunai PBT Negeri Selangor dengan mengambil kira keserataraan tunai ditolak dengan liabiliti semasa sejak tahun 2008 hingga tahun 2017 adalah seperti di Lampiran A.
-
Sila senaraikan perancangan MBPJ bagi membelanjakan 20 peratus daripada keseluruhan rezab tunai bersih untuk kemudahan asas dan awam seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri.
Bagi membelanjakan rezab tunai bersih Majlis, pada tahun 2019 Majlis telah menyediakan bajet defisit seperti berikut :
Defisit sebanyak RM37.26 juta diambil daripada rezab tunai bersih adalah bagi membiayai perbelanjaan pembangunan Majlis di mana perbelanjaan pembangunan melibatkan belanja menaiktaraf kemudahan asas dan awam untuk penduduk. Kadar defisit bajet 2019 berbanding rezab tunai bersih 2018 (setakat 31 Oktober 2018) adalah 19.90%
** nota : rezab tunai bersih 2018 tidak mengambil kira tanggungan perbelanjaan yang masih belum dibayar.