Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

110) KEWANGAN PBT

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah perbelanjaan dan pendapatan jangkaan dan yang sebenarnya untuk setiap PBT yang telah diaudit di Selangor pada tahun 2019, 2021 dan 2022?

    Jumlah perbelanjaan dan pendapatan jangkaan serta sebenar bagi tahun 2019 sehingga 2021 yang telah diaudit adalah sebagaimana dinyatakan dalam jadual seperti berikut. Manakala, Penyata Kewangan tahun 2022 adalah dalam proses penyediaan oleh PBT untuk dikemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara sebelum 30 April 2023.