Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988
Bahagian
IV
Seksyen
13
Tajuk
Mana-mana orang yang hendak mendirikan Sekolah Islam hendaklah memohon untuk pendaftaran, dalam borang yang ditetapkan, kepada Pendaftar dan hendaklah juga mengemukakan kepada Pendaftar suratcara yang dicadangkan bagi Jemaah sekolah itu.
Apabila menerima suatu permohonan, Pendaftar hendaklah menimbangkan permohonan itu dan sama ada meluluskan atau menolak permohonan itu.
Jika kelulusan telah diberikan, Pendaftar hendaklah segera mendaftarkan suratcara dan Jemaah Sekolah Islam itu dan mengeluarkan Perakuan Pendaftaran bagi sekolah itu dengan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.