Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988
Bahagian
III
Seksyen
7
Tajuk
Anggota-anggota Jemaah hendaldah, bertanggungjawab atas pengurusan Sekolah Islam secara bersesama dan masing-masing.
Maka adalah menjadi tanggungjawab Jemaah-
(a) untuk sentiasa menyelenggarakan dengan sepatutnya Sekolah Islam di bawah kawalanny.a;
(b) untuk mematuhi arahan-arahan Pendaftar;
(c) untuk menyelenggarakan rekod yang sepatutnya mengenai-
(i) guru-guru dan kakitangan sekolah Islam;·
(ii) nama, umut dan jantina penuntut;
(iii) sumber kewangan se olah Islam;
(iv) kurikulum sekolah Islam;
(v) apa-apa lain yang dikehendaki dari semasa ke semasa oleh Pendaftar.
Jemaah hendaklah-
(a) memberitahu Pendaftar tentang apa-apa perubahan kepada suratcara Sekolah Islam itu; dan
(b) menghantar kepada Pendaftar segala maklumat yang diminta oleh Pendaftar.
Jemaah boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Jemaab, seberapa ramai guru, pegawai dan pengkhidmat dan hendaklah mempunyai kuasa untuk menamatkan atau membatalkan mana-mana perlantikan itu.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.