Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988
Bahagian
I
Seksyen
2
Tajuk
Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-
“Jemaah” ertinya Jemaah Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Enakmen ini;
“Lembaga” ertinya badan yang didirikan oleh Majlis Raja-raja yang dikenali sebagai – ‘Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan_ Agama Islam”;
“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam yang
dibentukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1952.
“Nazir Sekolah Islam” ertinya Nazir yang dilantik di bawah Enakmen ini;
“Pendaftar” ertinya · Pendaftar yang dilantik di bawah Seksyen 3 Enakmen ini, dan termasuklah Timbalan-timbalan Pendaftar; dan
“Sekolah Islam” ertinya mana-mana Sekolah Agama Islam di dalam Negeri dan termasuklah masjid, madrasah, surau, pusat Islam, balaisah, pondok dan tadika, tetapi tidak termasuk mana-mana sekolah
agama Islam yang berada di bawah kawalan Kementerian Pelajaran, di mana dua puluh orang atau lebih ada didaftarkan untuk mempelajari atau akan diajari mata-mata pelajaran. yang termasuklah mana mana mata pelajaran yang berhubungan dengan agama Islam.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.