Enakmen Mineral (Selangor) 2000
Bahagian
XI - Penguatkuasaan, Penyiasatan, Keterangan, Kesalahan dan Penalti
Seksyen
138
Tajuk
Jika tern yata kepada seorang Majis tret, maklumat secara bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perl u, baha wa ada sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa di dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana tanah ada disembunyikan atau didepositkan apa-apa mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Enakmen ini sedang atau telah dilakukan, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran memberikuasa mana- mana pegawai diberikuasa yang kepadanya waran itu dlarahkan, pada waktu siang atau malam, dengan atau tanpa bantuan, memasuki bangunan, tempat atau tanah itu dan di situ menggeledah dan menyita apa-apa mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda yang berkenaan dengannya kesalahan itu telah atau disyaki telah dilakukan dan apa-apa jentera, buku, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai memberi bukti pelakuan kesalahan
Mana-mana pegawai diberikuasa yang bertindak di bawah subseksyen ( 1) boleh jika perlu berbuat demikian—
(a) memecahkan mana-mana pintu luar atau pintu dalam bangunan atau tempat atau mana-mana premis lain dan memasukinya;
(b) dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;
(c) dengan menggunakan kekerasan memindahkan apa-apa g a lang an terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah subseksyen (1); dan
(d) memecahkan apa-apa bekas untuk memeriksa kandungannya.
Pegawai diberikuasa yang menyita mana-mana mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda di bawah subseksyen (1) hendaklah—
(a) dengan serta-merta meletakkan pada mineral, kotak, peti, bekas, bungkusan, alat pengangkutan atau benda itu suatu tanda yang menunjukkan bahawa ia telah disita;
(b) menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta, atau dengan seberapa segera yang praktik, menyerahkan suatu salinan yang ditandatangan olehnya kepada pemunya atau orang yang daripadanya benda itu disita yang berada di bangunan atau premis itu dan jika bangunan atau premis itu tidak dihuni, pegawai diberikuasa itu hendaklah, di mana- mana mungkin, menampalkan suatu senarai benda yang disita itu di bangunan atau di premis itu;
(c) dengan serta-merta melaporkan penyitaan itu kepada Pengarah; dan
(d) jika praktik, memindahkan benda yang disita itu, dengan seberapa segera yang mungkin, bagi penjagaannya.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.