Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

XII - Pelbagai

Seksyen

187

Tajuk

Kuasa untuk merobohkan bangunan atau binaan.
187 [1]

Jika ternyata kepada mana-mana pegawai diberikuasa bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk atau mempercayai bahawa mana-mana bangunan  atau binaan telah didirikan tanpa kebenaran di bawah Enakmen ini bagi maksud menjelajah atau melombong mineral, pegawai itu boleh memusnahkan, merobohkan atau memindahkan mana-mana bangunan atau binaan itu atau mengambil milikannya atas nama Pihak Berkuasa Negeri.

187 [2]

Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu kawasan di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.