Enakmen Mineral (Selangor) 2000
Bahagian
IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan
Seksyen
72
Tajuk
Adalah menjadi suatu syarat bagi tiap-tiap pajakan melombong yang diberikan di bawah Enakmen ini melombong bahawa penerima pajak itu—
- hendaklah menyebabkan disimpan buku kira- kira yang benar dan mencukupi tentang perlombongan dan urusan lain yang dijalankan di atas tanah lombong itu, dan tentang pelupusan mineral yang diperolehi; dan mengemukakan buku itu apabila diminta oleh pegawai yang diberikuasa;
- hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat dan laporan aktiviti berkala yang ditetapkan;
- hendaklah membenarkan pengukuran saintifik jika tiada gangguan kepada perlombongan;
- hendaklah mengekalkan tanah lombong di bawah pajakan itu dalam keadaan selamat dan mengikut apa-apa standard alam sekeliling yang ditetapkan;
- hendaklah mematuhi penilaian kesan alam sekeliling yang diluluskan, jika penilaian sedemikian dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
- hendaklah mematuhi pelan yang diluluskan bagi pemulihan, jika dikehendaki di bawah Enakmen ini;
- hendaklah membenarkan akses ke atas atau melalui tanah lombong itu ke mana-mana tanah bersempadanan yang tidak, pada pendapat Penguasa Lombong mengganggu pengendalian melombong;
- hendaklah membenarkan pemblnaan dan penggunaan mana-mana alur air, terusan, talian paip dan talian penghantaran, jalan awam dan kemudahan awam di atas tanah lombong itu yang tidak, pada pendapat Penguasa Lombong mengganggu pengendalian melombong atau hak di bawah pajakan itu;
- dalam hal suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendali an skala kecil, hendaklah tidak menjalankan apa-apa pengendalian skala besar di atas tanah lombong itu; dan
- dalam ha1 suatu pajakan melombong yang membenarkan pengendali an skala besar, hendaklah tidak menjalankan apa apa pengendalian skala kecil di atas tanah lombong itu.
Masa hendaklah disifatkan menjadi intipati tiap- tiap syarat yang tertakluk kepada suatu tempoh yang ditetapkan yang mengenainya penerima pajak dikehendaki melakukan apa-apa perbuatan.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.