Enakmen Mineral (Selangor) 2000
Bahagian
IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan
Seksyen
66
Tajuk
Suatu pajakan melombong hendaklah diberikan selama hay at ekonomi maksimum lombong atau pengendalian melombong itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi tidak boleh meleblhi suatu tempoh permulaan selama dua puluh satu
Suatu pajakan melombong boleh dibaharui keseluruhannya atau sebahagiannya selama tempoh berdasarkan hayat ekonomi lombong atau pengendalian melombong itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi pembaharuan itu tidak boleh melebihi dua puluh satu
Sesuatu permohonan untuk membaharui suatu pajakan melombong hendaklah dibuat kepada Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas bulan sebelum habis tempoh pajakan melombong
Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik apabila menerima permohonan untuk membaharui pajakan melombong, mendaftarkan permohonan itu mengikut apa-apa cara yang
Jika permohonan untuk membaharui suatu pajakan melombong dibuat kepada Pengarah sekurang-kurangnya dua belas bulan sebelum habis tempoh pajakan itu Pengarah hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh pendaftarannya, membaharui pajakan itu jika—
- penerima pajak telah mematuhi terma atau syarat yang dinyatakan dalam pajakan asal;
- penerlma pajak telah mematuhi kehendak Enakmen ini;
- penerima pajak boleh menunjukkan sehingga memuaskan hati Pengarah bahawa terdapat rizab mineral yang mewajarkan suatu pembaharuan atau terdapat keperluan untuk mengekalkan harta itu untuk digunakan sebagai suatu bahagian integral pengendalian melombong di atas tanah lombong yang bersempadanan; dan
- dalam hal suatu permohonan untuk membaharui pajakan melombong yang membenarkan pengendalian skala besar, suatu pelan pemulihan lombong yang diubahsuaikan telah diluluskan.
Jika permohonan untuk membaharui suatu pajakan melombong ditolak oleh Pengarah, dia hendaklah memberitahu penerima pajak itu tentang keputusannya secara bertulis dengan menyatakan
Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Pengarah untuk membaharui pajakan melombong di bawah subseksyen (6) boleh, dalam masa tiga puluh hari selepas diberitahu tentang keengganan itu, merayu secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad
Dengan seberapa segera yang praktik selepas permohonan untuk membaharui pajakan melombong itu diluluskan, Pengarah hendaklah menyebabkan suatu pengendorsan tentang kelulusan itu dibuat di bawah tandatangan dan meterainya, termasuk tarikh baru habis tempoh pajakan melombong itu, untuk direkodkan dalam daftar.
Jika permohonan untuk membaharui suatu pajakan melombong dibuat kepada Pengarah—
- sekurang-kurangnya dua belas bulan sebelum habis tempoh pajakan itu; dan
- pajakan itu sepatutnya habis tempoh jika tidak kerana subseksyen ini,
maka pajakan itu hendaklah terus berkuatkuasa berkenaan dengan tanah yang dimaksudkan dalam permohonan itu sehinggalah permohonan itu ditentukan.
Jika permohonan untuk membaharui suatu pajakan melombong dibuat kurang dari dua belas bulan sebelum habis tempoh pajakan itu, Pengarah boleh menimbangkan untuk meluluskan permohonan itu jika ia memenuhi syarat yang dinyatakan dalam subseksyen (5) tetapi hendaklah mengenakan ke atas penerima pajak itu, apabila pajakan itu dibaharui, suatu fi pengemukaan lewat mengikut apa- apa amaun yang ditetapkan.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.