Enakmen Mineral (Selangor) 2000
Bahagian
IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan
Seksyen
64
Tajuk
Penerima pajak tidak boleh memulakan apa- Hak apa kerja pembangunan atau perlombongan di atas tanah yang berkenaan dengannya pajakan telah diberikan sehingga selepas diluluskan—
- suatu kajian kebolehlaksanaan melombong di bawah seksyen 73;
- suatu pelan pemulihan, jika dikehendaki sedemikian, di bawah seksyen 126; dan
- suatu penilaian kesan alam sekellling, jika dikehendaki sedemikian, di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling
Penerima pajak dikehendaki memperolehi kelulusan bagi kajian, pelan dan dokumen yang disebutkan dalam subseksyen (1) dalam masa tiga tahun dari tarikh pajakan melombong itu
Jika permohonan untuk mengubah pajakan yang membenarkan pengendalian skala kecil kepada pengendalian skala besar diluluskan, tiada perlombongan skala besar atau kerja pembangunan untuk melaksanakan perlombongan skala besar boleh dimulakan sehinggalah diperolehi kelulusan di bawah subseksyen (1).
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.