Enakmen Mineral (Selangor) 2000
Bahagian
IV - Tenemen Mineral—Lesen Dan Pajakan
Seksyen
52
Tajuk
Pemegang lesen mencarigali hendaklah lapangan memulakan penjelajahan lapangan dalam masa tiga bulan dari tarikh lesen mencarigali itu
Pemegang lesen penjelajahan hendaklah memulakan penjelajahan lapangan dalam masa dua belas bulan dari tarikh lesen penjelajahan itu
Pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan hendaklah, apabila bermulanya penjelajahan lapangan, menghantar suatu notis bertulis sebagaimana yang ditetapkan kepada Pengarah, Penguasa Lombong dan Ketua Pengarah Penyiasatan Kajibumi, dan sekiranya kawasan mencarigali atau penjelajahan itu ter masuklah mana-mana tanah rizab atau kawasan hutan simpanan kepada pegawai yang pada masa ini mempunyai kawalan ke atas tanah itu, menyatakan—
(a) nombor lesen mencarigali atau lesen penjelajahan itu;
(b) nama dan alamat pemegang lesen mencarigali atau lesen penjelajahan 1tu; dan
(c) tarikh bermulanya penjelajahan lapangan.
Dalam seksyen ini, “penjelajahan lapangan” ertinya aktiviti penjelajahan yang dilaksanakan secara fizlkal di dalam kawasan mencarigali atau penjelajah an dan termasuklah pengukuran geofizik dan geomagnet awangan dan pengukuran lain yang
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.