Enakmen Mineral (Selangor) 2000

Bahagian

III - Tenemen Mineral-Am

Seksyen

17

Tajuk

Perisythiran rizab mineral
17 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta-

(a) mengisytiharkan mana-mana tanah yang tidak tertakluk kepada perizaban di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai suatu rizab mineral; dan

(b) menentukan jenis aktiviti yang tidak dibenarkan bagi maksud merizabkan tanah itu bagi tenemen mineral

17 [2]

Pihak Berkuas negeri boleh pada bila-bila masa, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengubah atau membatalkan sesuatu rizab mineral keseluruhannya atau sebahagiannya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.