Enakmen Jenayah Syariah 1995
Bahagian
VII
Seksyen
47
Tajuk
Seseorang adalah menyubahati sesuatu kesalahan jika dia sama ada bersubahat dalam pelakuan
sesuatu kesalahan, atau bersubahat dalam pelakuan sesuatu perbuatan yang akan menjadi suatu
kesalahan sekiranya dilakukan oleh seseorang yang berupaya di sisi undang-undang melakukan sesuatu
kesalahan dengan niat atau pengetahuan yang sama dengan niat atau pengetahuan pensubahat itu.
Huraian 1—Menyubahati dalam peninggalan sesuatu perbuatan dengan menyalahi undang-undang boleh
terjumlah kepada suatu kesalahan, sungguhpun penyubahat itu sendiri tidak terikat untuk melakukan
perbuatan itu.
Huraian 2—Untuk mewujudkan kesalahan penyubahatan tidaklah perlu bahawa perbuatan yang disubahati
itu dilakukan atau bahawa kejadian yang cukup bagi mewujudkan kesalahan itu telah disebabkan
berlaku.
MISALAN
A menghasut B supaya meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut. B enggan
melakukannya. A adalah bersalah menyubahati B supaya melakukan kesalahan itu.
Huraian 3—Tidaklah perlu bahawa orang yang disubahati itu berupaya di sisi undang-undang untuk
melakukan sesuatu kesalahan, atau bahawa dia sepatutnya mempunyai niat atau pengetahuan salah yang
sama dengan niat atau pengetahuan salah penyubahat itu, atau mempunyai apa-apa niat atau
pengetahuan salah.
MISALAN
A, dengan niat salah, menyubahati seorang kanak-kanak atau seorang yang tak sempurna akal supaya
melakukan suatu perbuatan yang akan menjadi suatu kesalahan sekiranya dilakukan oleh seseorang yang
berupaya di sisi undang-undang melakukan sesuatu kesalahan dan yang mempunyai niat yang sama
seperti A. Di sini A, sama ada perbuatan itu dilakukan atau tidak, adalah melakukan penyubahatan
suatu kesalahan.
Huraian 4—Oleh sebab penyubahatan sesuatu kesalahan adalah suatu kesalahan maka menyubahati
penyubahatan itu adalah juga suatu kesalahan.
MISALAN
A menghasut B supaya menghasut C minum minuman yang memabukkan. Oleh sebab itu B menghasut C
supaya minum minuman itu dan C melakukan kesalahan itu oleh sebab hasutan B. B boleh dihukum atas kesalahannya dengan hukuman bagi kesalahan minum minuman yang memabukkan, dan oleh sebab A telah menghasut B melakukan kesalahan itu maka A juga boleh dihukum dengan hukuman yang sama.
Huraian 5—Untuk mewujudkan kesalahan penyubahatan dengan pakatan jahat tidaklah perlu bahawa
penyubahat itu menyertai kesalahan itu bersama orang yang melakukannya. Adalah memadai jika dia
mengambil bahagian dalam pakatan jahat itu dan kesalahan itu dilakukan pada menurut pakatan jahat
itu.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.