Enakmen Jenayah Syariah 1995
Bahagian
VII
Seksyen
46
Tajuk
Seseorang menyubahatl pelakuan sesuatu perkara jika dia—
(a) menghasut mana-mana orang supaya melakukan perkara itu; atau
(b) mengambil bahagian bersama dengan seorang atau leblh daripada seorang lain dalam apa-apa
pakatan jahat untuk melakukan perkara itu, jika apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang
menyalahi undang-undang berlaku ekoran daripada pakatan jahat itu, dan dengan tujuan hendak melakukan perkara itu; atau
(c) dengan sengaja membantu, dengan apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi
undang-undang, pelakuan perkara ltu.
Huraian I—Seseorang yang, dengan penyataan salah sengaja, atau penyembunyian sengaja suatu fakta
material yang dia terikat mendedahkannya, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, atau cuba
untuk menyebabkan atau mendapatkan, supaya sesuatu perkara dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.
MISALAN
A, seorang pegawai awam, adalah diberikuasa dengan waran daripada mahkamah untuk menangkap Z. B,
yang mengetahui hal itu dan juga yang mengetahui bahawa C bukanlah Z, dengan sengaja menyatakan
kepada A bahawa C ialah Z, dan oleh yang demikian dengan sengaja menyebabkan A menangkap C. Di sini
B bersubahat dengan cara hasutan dalam penangkapan C.
Huraian 2—Mana-mana orang yang, sama ada sebelum atau pada masa sesuatu perbuatan dilakukan,
melakukan apa-apa jua untuk memudahkan perbuatan itu dilakukan dan oleh yang demikian memudahkan
perbuatan itu dilakukan, adalah dikatakan membantu melakukan perbuatan itu.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.