Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

114) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan kes pencemaran-pencemaran sungai yang dapat dikenalpasti dari awal dan dapat yang dapat mengelakkan hentitugas LRA untuk 2021 setakat ini.

    Berdasarkan rekod LUAS, tiada henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) (Kod Merah) yang direkodkan sehingga 31 Julai 2021. Walau bagaimanapun, jumlah isu yang berjaya ditangani di peringkat awal ialah 18 kes Kod Kuning (berpotensi menyebabkan henti tugas LRA). Dalam hubungan ini, daripada 18 kes yang berjaya ditangani dua belas (12) daripadanya berlaku di Lembangan Sungai Langat dan enam (6) di Lembangan Sungai Selangor

    Maklumat Tambahan:

    Pengurusan kecemasan pencemaran sumber air yang melibatkan muka sauk bekalan air adalah berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, EXCO Alam Sekitar. Penubuhan Skuad PANTAS LUAS pada 1 Disember 2020 telah mempertingkatkan pemantauan dan pengawasan di kawasan strategik lembangan sungai Negeri Selangor bagi mencegah berlakunya henti tugas LRA. Perincian senarai kes kecemasan pencemaran sumber air (Kod Kuning) seperti di LAMPIRAN I.

  2. Sila nyatakan bilangan tuduhan mahkamah daripada kes-kes tersebut dan undang-undang yang digunakan.

    Tiada pertuduhan mahkamah dibuat bagi kes pencemaran yang melibatkan LRA, walaubagaimanapun terdapat sepuluh (10) kes yang sedang dalam tindakan melengkapkan Kertas Siasatan. Perincian kes tersebut adalah seperti di LAMPIRAN II.

    LAMPIRAN (NO.114)-MULUT

Lampiran

Tiada Lampiran.