PERATURAN BERPAKAIAN
Lelaki
Memakai Lounge Suit Berwarna Gelap
(Seluar panjang dengan baju kemeja dan memakai blazer)
NOTA:
- Warna gelap (tidak spesifik)
- Wajib memakai tali leher
- Kemeja berwarna cerah
Wanita
Wajib memakai blazer berwarna gelap
NOTA:
- Baju Kebangsaan
- Kemeja & Seluar panjang/skirt di bawah paras lutut
- Kasut bertutup (berwarna gelap]
- Kasut sukan/getah tidak dibenarkan
PERATURAN TINGKAH LAKU
- Apabila masuk/keluar dari Dewan, berdiri sebentar menghadap Speaker dan tunduk sebagai tanda hormat.
- Penggunaan telefon bimbit, kamera atau alat perakam tidak dibenarkan semasa persidangan berlangsung.
- Tidak dibenarkan meninggalkan Dewan semasa persidangan sedang berlangsung.
- Bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi bagi Dewan Negeri. Jika terpaksa bertutur dalam Bahasa Inggeris, akhiri ayat dalam Bahasa Inggeris dengan “dengan izin”.
- Gunakan mikrofon untuk bercakap. Hanya dibenarkan bercakap apabila diberi kebenaran oleh Speaker Dewan.
- Bahasa kesat tidak dibenarkan sama sekali semasa persidangan Dewan.
- Beri perhatian kepada peraturan-peraturan tetap dan masa yang diperuntukkan untuk anda untuk bercakap.