Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971
Seksyen
1
Tajuk
Enakmen ini boleh-lah di-namakan Enakmen Mengawal Lembu-kerbau, 1971, dan hendak-lah di-sifatkan sa-bagai telah mula berkuatkuasa pada 20 haribulan Februari, 1970.
Seksyen
2
Tajuk
Di-dalam Enakmen ini, melainkan jika kandongan ayat-nya menghendaki ma’ana yang lain –
“Lembu-kerbau” erti-nya lembu, sapi, kerbau, kambing-biri², kambing dan babi walau apa jua umor, jantina atau jenis-nya;
“kandang lembu-kerbau” erti-nya sa-suatu bangunan atau sa-bahagian daripada bangunan yang di-gunakan atau yang di-chadang untok di-gunakan bagi memelihara atau menyimpan lembu-kerbau;
“kawasan pehak-berkuasa tempatan” erti-nya sa-suatu kawasan di-dalam Negeri yang telah di-ishtiharkan sa-bagai Lembaga Bandaran, Majlis Bandaran atau Majlis Tempatan di-bawah mana² undang² bertulis yang berkuatkuasa pada masa itu, dan termasok-lah sa-suatu kawasan yang telah di-ishtiharkan di-bawah sekshen 150 Enakmen Lembaga Bandaran;
“Pehak-berkuasa Tertentu” erti-nya Pegawai Haiwan Negeri, Pegawai Daerah, Pegawai Penjaga Daerah Polis, Pengerusi Lembaga Bandaran atau Majlis Bandaran, dan termasok-lah sa-saorang pegawai atau pekerja yang di-lantek dengan bertulis oleh mana² pegawai yang tersebut di-atas sa-bagai Pehak-berkuasa Tertentu bagi maksud Enakmen ini;
“kawasan larangan” erti-nya sa-suatu kawasan yang telah di-ishtiharkan di-bawah sekshen 3.
Seksyen
3
Tajuk
Raja dalam Meshuarat boleh, jika di-fikirkan-nya perlu bagi maksud menghapuskan gangguan awam atau memelihara kesihatan dan keselamatan awam, mengishtiharkan melalui pemberitahu Warta mana² kawasan pehak-berkuasa tempatan atau sa-bahagian daripada-nya sa-bagai kawasan larangan bagi lembu-kerbau atau bagi sa-suatu gulongan, kelas atau jenis lembu-kerbau sa-bagaimana yang di-nyatakan dalam pemberitahu itu.
Pemberitahu itu hendak-lah menyatakan tarikh perishtiharaan itu akan mula berkuatkuasa dalam kawasan larangan itu, tarikh tersebut tidak boleh lebeh awal daripada satu bulan dari tarikh tersiar-nya pemberitahu itu.
Seksyen
4
Tajuk
Dengan tidak menghiraukan peruntokan² mana² undang² Negeri atau perundangan kechil mengenai melesen lembu-kerbau atau kandang lembu-kerbau –
(a) mana² lembu-kerbau yang di-pelihara atau di-simpan atau di-dapati dalam kawasan larangan dengan tiada mempunyai kebenaran bertulis dari Pegawai Haiwan Negeri, boleh di-tangkap atau di-tembak oleh Pehak-berkuasa Tertentu dan di-bawa dengan serta merta ka-suatu tempat sembeleh atau ka-mana² tempat lain yang di-fikirkan sesuai oleh Pehak-berkuasa Tertentu untok di-sembeleh di-situ atau di-selenggarakan dengan apa chara jua yang di-tentukan oleh Pehak-berkuasa Tertentu;
(b) jika mana² lembu-kerbau itu di-pelihara, di-simpan atau di-dapati dalam kandang lembu-kerbau atau berdekatan dengan-nya, maka Pehak-berkuasa Tertentu boleh merobohkan kandang lembu-kerbau tersebut, melainkan tuan rumah punya kandang itu sendiri bersetuju dengan bertulis untok merobohkan-nya sendiri di-dalam tempoh masa yang di-fikirkan patut oleh Pehak-berkuasa Tertentu.
Kuasa² yang di-beri oleh sekshen-kechil (1) hanya boleh di-jalankan oleh Pegawai Daerah bagi daerah yang berkenaan atau Pegawai Haiwan Negeri.
Mana² lembu-kerbau yang di-sembeleh di-bawah peruntokan² sekshen-kechil (1) (a) atau mana² harta boleh aleh yang di-dapati dari merobohkan kandang lembu-kerbau di-bawah peruntokan² sekshen-kechil (1) (b) hendak-lah di-jual atau di-selenggarakan dengan apa chara jua yang di-tentukan oleh Pehak-berkuasa Tertentu.
Terta’alok kepada peruntokan² sekshen kechil, (5), tiada apa² pampasan kena di-bayar bagi mana² lembu-kerbau yang di-tembak, di-sembeleh atau di-selenggarakan, atau bagi sa-suatu kandang lembu-kerbau yang di-robohkan di-bawah peruntokan sekshen ini.
Hasil, jika ada, daripada jualan mana² lembu-kerbau yang di-sembeleh atau penjualan harta boleh aleh di-bawah peruntokan sekshen-kechil (3) sa-telah di-tolak perbelanjaan-nya, hendak-lah di-simpan oleh Pehak-berkuasa Tertentu yang berkenaan, sa-hingga tuntutan di-buat oleh tuan punya lembu-kerbau atau kandang lembu-kerbau itu.
Jika dalam tempoh dua minggu dari tarikh jualan tiada sa-orang pun membuktikan tuntutan-nya terhadap harta itu maka pemilekan atau hasil berseh daripada jualan itu hendak-lah terserah dan menjadi hak Kerajaan Negeri.
Sa-kira-nya ada lebeh dari satu orang yang menuntut terhadap harta itu, maka Pehak-berkuasa Tertentu hendak-lah menentukan dengan mengadakan penyiasatan siapa-kah yang berhak kapada hasil itu.
Sa-siapa yang tiada puashati dengan keputusan yang di-buat oleh Pehak-berkuasa Tertentu itu boleh membuat apil kapada Raja dalam Meshuarat dalam tempoh sa-puloh hari tarikh tersiar-nya keputusan itu dan keputusan Raja dalam Meshuarat itu ada-lah mu’tamad.
Seksyen
5
Tajuk
Sa-saorang yang menjaga mana² lembu-kerbau yang di-dapati berada dalam kawasan larangan ada-lah melaku-kan suatu kesalahan dan apabila thabit kesalahan itu boleh di-kenakan denda yang tidak lebeh daripada satu ribu ringgit atau di-penjara sa-lama tempoh yang tidak lebeh daripada dua belas bulan.
Sa-saorang yang memelihara, menyimpan atau membenarkan supaya di-pelihara atau di-simpan mana² lembu-kerbau atau mana² golongan, kelas atau jenis lembu-kerbau sa-bagai yang di-nyatakan dalam Warta di-dalam kawasan larangan tanpa suatu kebenaran bertulis dari Pegawai Haiwan Negeri, ada-lah melakukan suatu kesalahan dan apabila thabit kesalahan itu boleh di-kenakan denda yang tidak lebeh daripada satu ribu ringgit atau di-penjara sa-lama tempoh yang tidak lebeh daripada dua belas bulan atau kedua² hukoman denda dan penjara.
Sa-saorang yang memindah atau mengangkut mana² lembu-kerbau atau membenarkan supaya di-pindah atau di-angkut mana² lembu-kerbau atau mana² gulongan, kelas atau jenis lembu-kerbau yang di-nyatakan dalam Warta daripada, ka-dalam atau di-dalam sa-suatu kawasan larangan, tanpa kebenaran bertulis daripada Pehak-berkuasa Tertentu, ada-lah melakukan suatu kesalahan, melainkan jika lembu-kerbau itu dalam transit, dan apabila thabit kesalahan itu boleh di-kenakan denda yang tidak lebeh daripada lima ratus ringgit atau di-penjara sa-lama tempoh yang tidak lebeh daripada enam bulan atau kedua² hukoman denda dan penjara.
Seksyen
6
Tajuk
Bagi maksud sekshen 5, sa-saorang yang di-dapati berhampiran dengan mana² lembu-kerbau hendak-lah dianggap, sa-hingga akas-nya di-buktikan, sa-bagai orang yang menjaga lembu-kerbau yang tersebut, atau orang yang memelihara, menyimpan atau membenarkan supaya di-pelihara atau di-simpan lembu-kerbau itu, atau orang yang memindah atau mengangkut atau membenarkan supaya di-pindah atau di-angkut daripada, ka-dalam atau di-dalam kawasan larangan, mengikut mana yang berkenaan.
Anggapan di-bawah sekshen-kechil (1) tidak-lah menghalang tuan punya lembu-kerbau itu daripada di-da’awa dan di-thabitkan atas mana² kesalahan di-bawah sekshen 5.
Seksyen
7
Tajuk
Sa-saorang yang menghalang atau mengendala atau menolong supaya terhalang atau tergendala Pehak-berkuasa Tertentu atau mana² orang yang di-wakil-nya pada menjalankan kewajipan atau kuasa-nya di-bawah Enakmen ini atau mana² kaedah atau perentah yang di-buat dibawah-nya ada-lah melakukan suatu kesalahan dan boleh di-kenakan denda yang tidak lebeh daripada dua ratus lima-puloh ringgit atau di-penjara sa-lama tempoh yang tidak lebeh daripada enam bulan atau kedua²-nya.
Seksyen
8
Tajuk
Sa-saorang yang telah di-thabitkan atas mana² kaedah yang di-buat dibawah-nya, jika tiada penalti di-peruntokkan bagi kesalahan itu, boleh di-kenakan denda yang tidak lebeh daripada dua ratus ringgit atau di-penjara sa-lama tempoh yang tidak lebeh daripada tiga bulan.
Seksyen
9
Tajuk
Sa-saorang yang telah di-thabitkan atas mana² kesalahan terhadap Enakmen ini, yang dalam tempoh dua belas bulan daripada tarikh thabitan itu, di-thabitkan lagi atas kesalahan bagi kali yang kedua atau tiap² kali sa-terus-nya terhadap Enakmen ini hendak-lah di-penjara sa-lama tempoh yang tidak kurang daripada dua bulan sa-lain daripada di-kenakan denda.
Seksyen
10
Tajuk
Raja dalam Meshuarat boleh melalui pemberitahu dalam Warta, membuat dengan am-nya kaedah² bagi melaksanakan peruntokan² Enakmen ini.
Seksyen
11
Tajuk
Pehak-berkuasa Tertentu ada=lah pada bila² masa pun, bebas keluar masok mana² harta sendirian bagi maksud menyiasat sa-suatu kesalahan atau bagi menjalankan kuasa² yang di-beri di-bawah Enakmen ini.
Seksyen
12
Tajuk
Tiada-lah apa² tanggongan boleh di-kenakan kapada Kerajaan Negeri, Pehak-berkuasa Tertentu, atau mana² pegawai atau orang lain yang bertindak mengikut arahan Pehak-berkuasa Tertentu, mengenai apa² perbelanjaan, kerugian atau kechachatan yang berbangkit dalam atau pada menjalankan dengan sah kuasa² yang di-beri oleh Enakmen ini.
Seksyen
13
Tajuk
Sa-suatu penda’awaan berkenaan dengan mana² kesalahan terhadap Enakmen ini boleh di-jalankan oleh –
(a) Timbalan Penda’awa Raya;
(b) Sa-sorang pegawai Lembaga Bandaran atau Majlis Bandaran yang pangkat-nya tidak rendah daripada Merinyu Kesihatan;
(c) Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah;
(d) Sa-orang pegawai Jabatan Haiwan yang pangkat-nya tidak rendah daripada Pembantu Urusan Haiwan;
(e) Sa-orang pegawai polis yang pangkat-nya tidak rendah dari Inspektor.
Seksyen
14
Tajuk
Di-dalam kawasan larangan, jika sa-suatu peruntokan Enakmen ini ada-lah berlawanan dengan sa-suatu peruntokan Undang² Negeri atau perundangan kechil, maka peruntokan Enakmen ini hendak-lah terpakai dan peruntokan yang lain² itu hendak-lah, sa-takat yang ia-nya berlawanan itu menjadi tidak sah.
Seksyen
15
Tajuk
Enakmen Dharurat No. 1 (Selangor), 1970 ada-lah dengan ini di-mansokhkan.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.