Enakmen Pinjaman (Skim Air Sungai Selangor, Fasa 1) 1996
Seksyen
1
Tajuk
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pinjaman (Skim Air Sungai Selangor, Fasa 1) 1996 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1hb Disember 1995.
Seksyen
2
Tajuk
Kerajaan Negeri telah diberikuasa, tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini, untuk meminjam daripada bank yang dikenali sebagai Bumiputra Merchant Bankers Berhad (selepas ini disebut “Bank”) sejumlah wang yang tidak melebihi tiga ratus juta ringgit (RM300,000,000.00) (selepas ini disebut “pinjaman”) atas terma dan syarat sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan Negeri dengan Bank.
Seksyen
3
Tajuk
Pinjaman hendaklah bagi tempoh yang tidak melebihi lima tahun.
Seksyen
4
Tajuk
Pinjaman beserta semua faedah dan caj lain hendaklah dipertanggungjawabkan pada Kumpulan Wang Disatukan Negeri.
Seksyen
5
Tajuk
Pinjaman hendaklah digunakan bagi maksud membiayai Skim Air Sungai Selangor, Fasa 1, dan semua perkara yang bersampingan dengannya.
Seksyen
6
Tajuk
Pinjaman beserta semua faedah dan caj lain hendaklah dibayar balik menurut terma dan syarat yang disebut dalam seksyen 2, dan bagi tiap-tiap tahun kewangan hendaklah diperuntukkan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri, dan dibayar kepada Bank, semua jumlah wang yang kena dibayar dalam tahun itu.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.