Semua Seksyen

Enakmen Putrajaya (Pelaksanaan Fungsi) 1995

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk Ringkas Dan Mula Berkuatkuasa
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Putrajaya (Pelaksanaan Fungsi) 1995 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri Besar melalui pemberitahuan dalam Warta.

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

“Perbadanan” ertinya pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Persekutuan bagi maksud mentadbirkan dan meguruskan Putrajaya;

“Perjanjian” ertinya Perjanjian yang dibuat oleh Persekutuan dengan Negeri Selangor berhubungan dengan penubuhan Putrajaya dan pelaksanaan fungsi-fungsi tertentu pihak-pihak berkuasa Negeri Selangor oleh pihak-pihak berkuasa Persekutuan;

“Putrajaya” ertinya Pusat Pentadbiran Persekutuan yang ditubuhkan menurut Perjanjian.

Seksyen

3

Tajuk

Penyerahan Fungsi Peletakhakan Kuasa Dan Hak.
3 [1]

Bagi maksud memberikan kuatkuasa kepada Perjanjian, adalah sah bagi Pihak Berkuasa Negeri Selangor melalui perintah menyerahkan kepada atau meletakhakkan pada-

(a) seseorang Menteri Kerajaan Persekutuan;

(b) Perbadanan

(c) mana-mana pegawai awam dalam perkhidmatan                    Kerajaan Persekutuan; atau

(d) mana-mana pegawai Persekutuan,

mana-mana fungsi yang dikenakan pada, atau mana-mana kuasa atau hak yang diletakhakkan pada, Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pengkhidmatnya melalui atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

3 [2]

Bilamana sesuatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1) dan Pihak Berkuasa Negeri mendapati bahawa adalah perlu atau suaimanfaat dibuat ubahsuaian kepada mana-mana undang-undang Negeri berbangkit daripada pembuatan perintah di bawah subseksyen (1) itu, Pihak Berkuasa Negeri boleh, dalam perintah yang sama atau perintah yang lain, membuat ubahsuaian itu.

3 [3]

Dalam seksyen ini, “Pihak Berkuasa Negeri” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam masing-masing undang-undang bertulis yang disebut dalam subseksyen (1).

Seksyen

4

Tajuk

Pelantikan Pentadbir Tanah.
4

Bagi maksud Kanun Tanah Negara,Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik Perbadanan atau mana-mana pegawai Perbanan untuk menjadi Pentadbir Tanah bagi Putrajaya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.