Enakmen Pinjaman (Projek Pembetungan Najis) 1982 – Disemak 2009
Bahagian
-
Seksyen
1
Tajuk
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pinjaman (Projek
Pembetungan Najis) 1982.
Bahagian
-
Seksyen
2
Tajuk
Kerajaan Negeri diberi kuasa tertakluk kepada Enakmen ini
meminjam daripada Kerajaan Persekutuan sejumlah wang tidak melebihi dua puluh lapan juta ringgit atas terma dan syarat sepertimana yang dipersetujui antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Bahagian
-
Seksyen
3
Tajuk
Wang pokok yang dipinjam di bawah Enakmen ini berserta
semua faedah dan caj lain dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang Disatukan.
Bahagian
-
Seksyen
4
Tajuk
Semua wang yang dipinjam di bawah Enakmen ini hendaklah
digunakan bagi maksud projek pembetungan najis di dalam Negeri dan semua perkara yang bersampingan dengannya.
Bahagian
-
Seksyen
5
Tajuk
Semua wang yang dipinjam di bawah Enakmen ini berserta
semua faedah dan caj lain yang berkaitan hendaklah dibayar balik mengikut terma dan syarat sepertimana yang dipersetujui antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mengikut seksyen 2 dan hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan kepada Kerajaan Persekutuan dalam setiap tahun kewangan semua jumlah wang yang kena dibayar dalam tahun itu.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.