DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR

Cara permohonan dibuat adalah seperti berikut:

 

  1. Pemohon mengisi Borang Permohonan DBGS yang boleh diperolehi di Pejabat Ahli Dewan Negeri Selangor atau di Pejabat Jawatankuasa Peguam Selangor (Selangor Bar Committee (SBC);
  2. Borang permohonan perlu mendapatkan pengesahan pemastautian sekurang-kurangnya 10 tahun daripada YB Ahli Dewan Negeri / Penyelaras DUN / Ahli Majlis / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi MPKK / Ketua Komuniti India / Pengerusi Persatuan Penduduk / Pengerusi Rukun Tetangga / Nazir Masjid serta menyertakan salinan dokumen yang diperlukan dan seterusnya menghantar kepada pihak SBC.
  3. Pemohon diberikan konsultansi awal oleh SBC.
  4. SBC membuat semakan dokumen dan penelitian kes yang berkelayakan dan seterusnya SBC melantik peguam.
  5. Pemohon mendapat khidmat guaman melalui subsidi Dana Bantuan Guaman berjumlah RM3,000.00.

 

Untuk makluman, tempoh masa pemprosesan permohonan di peringkat SBC adalah bergantung kepada maklumat dan dokumen lengkap sorta kes yang berkelayakan. Terdapat juga yang tiada maklum balas lanjut daripada pihak pemohon selepas konsultansi awal diberikan oleh SBC.