Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
261) PROJEK YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Status terkini projek pembinaan semula Yayasan Selangor di Bukit Bintang.
-
Status terkini projek pembangunan semula Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL) di Kampung Pandan.
262) KEBOLEHPASARAN BELIA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah anak muda yang mendapat manfaat daripada perlaksanaan program IKTSASS yang diperuntukkan sebanyak RM 52 juta pada tahun 2018?
-
Apakah Kerajaan Negeri juga akan menghubungkan pelajar dan industri selepas tamatnya program latihan bersama IKTISASS?
263) PEROBOHAN MASJID DAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DI PEKAN DENGKIL
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu perobohan Kuil serta Masjid Pekan Dengkil atas tanah yang dimiliki Intan Jugra Sdn Bhd?
264) PENGAMBILAN KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan kakitangan baru Kerajaan Negeri yang diambil sepanjang 2015-2017.
-
Jabatan mana paling ramai dalam pengambilan tersebut? Nyatakan secara terperinci.
265) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peluang pekerjaan di Selangor dari 2016-2018.
-
Senaraikan program yang dianjurkan pada 2018 bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan keberkesanannya.
266) PENDIDIKAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah kepadatan penempatan baru murid darjah satu?
-
Kenapakah anak syarikat kerajaan negeri iaitu UNISEL memiliki tunggakan bayaran sebanyak RM200,000.00 kepada Majlis Daerah Kuala Selangor
267) SEKOLAH AGAMA PERSENDIRIAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah sekolah agama Islam persendirian dalam Negeri Selangor?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan mewajibkan semua sekolah ini didaftarkan
-
Apakah tindakan yang akan diambil kepada pihak sekolah yang gagal berbuat demikian?
268) PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SMK
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Sesetengah Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan desa dan semi-urban memerlukan suntikan dana untuk membuat pendawaian semula. Apakah kerajaan Selangor akan merangka satu dasar bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan untuk tujuan ini?
269) TANAH DALAM KAWASAN KAMPUNG
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Tanah dalam kawasan kampung yang telah diduduki oleh penghuni tanpa mempunyai geran tanah, adakah Kerajaan Negeri mempunyai SOP kepada mereka untuk memohon tanah yang telah diduduki berpuluh tahun?
270) TUNGGAKAN CUKAI ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah tunggakan cukai tanah semua agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri mengikut daerah.
-
Adakah PKNS telah menjelaskan tunggakan cukai tanah kepada semua daerah? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya