Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
171) PEMBATALAN LESEN PENDUDUKAN TANAH SEMENTARA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Sallehudin Bin Amiruddin
Kategori: Bertulis
-
Sejak dari tahun 2008, Kerajaan tidak lagi menyambung lesen T.O.L ke atas tanah-tanah yang diberi lesen berkenaan. Kemungkinan ada kilang atau aset yang didirikan di atas tanah tersebut. Setelah lesen tersebut dibatalkan, apakah tindakan Kerajaan terhadap aset-aset tersebut?
-
Adakah Kerajaan mendapat hasil daripada tanah-tanah yang diduduki selepas pembatalan T.O.L?
172) JELAPANG PADI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci jumlah keseluruhan keluasan tanah pertanian sawah padi di Negeri Selangor mengikut daerah.
-
Berapakah jumlah pengeluaran hasil padi mengikut musim dari tahun 2016- 2019?
173) MASJID DAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci jumlah masjid dan rumah ibadat bukan Islam mengikut daerah.
-
Berapakah jumlah pembinaan rumah ibadat bukan Islam yang baru dibina sejak 2008-2018 mengikut daerah?
-
Apakah kriteria dan syarat untuk membolehkan suatu rumah ibadat bukan Islam itu dibina?
174) HUTANG NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perincian jumlah hutang Negeri Selangor mengikut tahun sejak tahun 2008-2018
-
Nyatakan jumlah hutang Negeri Selangor sehingga hari ini.
-
Apakah mekanisme dan kaedah pembayaran hutang dan statusnya mengikut tahun sejak tahun 2008-2018?
175) HUTAN SIMPAN DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan hutan simpan kekal di Negeri Selangor mengikut daerah?
-
Apakah usaha dan inisiatif Kerajaan dalam menjaga ekosistem serta reservasi hutan simpan kekal?
-
Berapa bilangan kes pencerobohan hutan simpan kekal dan keluasan pencerobohan yang terlibat mengikut daerah?
176) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan terkini tanah rizab Melayu di Negeri Selangor mengikut daerah?
-
Berapakah jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang telah dibuat pembangunan mengikut daerah?
-
Berapakah permohonan untuk menukar status tanah rizab Melayu yang pernah diterima dan berapa yang diluluskan?
177) JAWATAN DISANDANG ADUN BUKIT ANTARABANGSA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua jawatan yang masih disandang dan elaun yang diperolehi oleh ADUN Bukit Antarabangsa di bawah Kerajaan Negeri?
-
Nyatakan sebab jawatan tersebut masih dikekalkan
178) KEMPEN BEBAS PLASTIK
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kutipan dari pelaksanaan kempen tersebut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menguruskan wang tersebut?
-
Sejauh manakah Kerajaan Negeri menilai kejayaan pelaksanaan kempen tersebut?
179) PELAKSANAAN BAJET SELANGOR 2019
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci status pelaksanaan Bajet Selangor 2019 mengikut portfolio.
180) PENETAPAN I-CITY SEBAGAI KAWASAN SEGI TIGA EMAS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah faktor penetapan I-City sebagai kawasan segi tiga emas?
-
Apakah kesannya terhadap harga tanah di I-City dan kawasan sekitarnya?