Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
261) MASALAH BANJIR DI SELAYANG BARU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Kampung Selayang Baru terutama berdekatan dengan Sungai Udang?
262) PROGRAM AIR PERCUMA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Program Pemberian Air Percuma secara bersasar?
-
Apakah mekanisme Kerajaan dalam melaksanakan pemberian Program Air Percuma secara bersasar?
263) PEMBANGUNAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI & ANAK SYARIKAT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keluasan tanah milik Kerajaan Negeri dan Anak Syarikat di dalam Negeri Selangor yang masih belum dibangunkan?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah ini dalam masa 10 tahun akan datang?
-
Jika ya, nyatakan perancangannya
264) PENAMAAN SEMULA JALAN BARAT KEPADA JALAN V. DAVID
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menamakan semula Jalan Barat di Petaling Jaya kepada Jalan V. David sebagai mengenang segala jasa dan bakti Mendiang David S. Vethamuthu kepada Negara? Jika tidak, nyatakan sebabsebabnya
265) KEBEBASAN AKADEMIK PELAJAR DAN KAKITANGAN AKADEMIK
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah pendekatan kerajaan terhadap kebebasan akademik buat pelajar dan kakitangan akademik di institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan Negeri?
266) AIR PERCUMA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci, hasil kajian mengenai penjajaran program air percuma di Selangor
-
Bila penjajaran air percuma ini akan dilakukan?
267) USAHA PENYEDIAAN TAPAK SEKOLAH MENENGAH TELOK GONG
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewartakan sebahagian tanah di Kampung Telok Gong sebagai tapak sekolah menengah sebagai salah satu inisiatif memastikan sekolah menengah akan dibina di kawasan tersebut?
268) PROGRAM JOM DAFTAR TASKA DAN KEMPEN ‘SAYANGI ANAK, KENALI PENGASUH’
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan pengasuh dan TASKA yang telah didaftar sejak pelancaran program Jom Daftar TASKA dan Kempen "Sayangi Anak, Kenali Pengasuh" pada 19 Ogos 2018?
-
Apakah program susulan atau tindakan pemantauan Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan?
269) PEKERJA-PEKERJA DI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang harus diambil untuk memastikan pekerja-pekerja di Pusat Khidmat Masyarakat dilindungi insurans?
270) PEMBANGUNAN SJKC DAN SJKT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan berapa tanah dan keluasan tanah yang telah diwartakan untuk kegunaan SJKC dan SJKT sejak 2008 hingga 2019?
-
Sila nyatakan sekolah yang telah memohon tanah yang telah diluluskan dan belum diluluskan.
-
Apakah masalah permohonan yang tidak dapat kelulusan?