Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
111) INISIATIF REVOLUSI INDUSTRI 4.0
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peserta berusia di bawah 18 tahun yang menyertai program pembelajaran pengekodan (coding) di bawah inisiatif Revolusi Industri 4.0 Kerajaan Negeri?
112) KEBAJIKAN WARGA TUA DAN USIA EMAS
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah bantuan untuk warga emas selain daripada SMUE?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu warga tua yang tiada tempat untuk bergantung hidup?
113) PELAJAR UNISEL
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kemasukan pelajar ke UNISEL dari 2016-2018 mengikut kursus?
-
Nyatakan jumlah graduan UNISEL dari 2016-2018 mengikut kursus?
114) JETI NELAYAN DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan jeti yang terdapat di Negeri Selangor yang telah dan yang belum di wartakan? sila nyatakan mengikut daerah.
-
Apakah halangan pihak kerajaan untuk membuat pewartaan ini? Apakah tindakan jangka pendek bagi nelayan menggunakan kemudahan jeti ini?
115) NAIK TARAF MDKL KE MAJLIS PERBANDARAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini usaha dan permohonan untuk menaik taraf Majlis Daerah Kuala Langat kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat?
116) BANTUAN KEPADA BELIA DAN RAKYAT YANG TIADA PEKERJAAN TETAP
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah ada mekanisma yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi penduduk yang tiada pekerjaan tetap atau pun para belia untuk membantu mereka seperti projek penternakan,projek usahawan,projek buka tanah untuk pertanian dan sebagainya?
117) PROJEK PERUMAHAN RAKYAT TERBENGKALAI
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah projek perumahan yang terbengkalai di Negeri Selangor.
-
Apakah faktor - faktor yang menyebabkan projek terbengkalai?
-
Apakah langkah untuk memastikan projek dapat dijayakan semula khususnya di kawasan - kawasan luar bandar seperti projek perumahan Ladang Air Manis Sabak Bernam?
118) CADANGAN PERSEMPADANAN SEMULA OLEH SPR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Terdapat kekeliruan mengenai isu garisan persempadanan semula SPR di antara DUN Batang Kali dengan DUN Kuala Kubu Bharu.Adakah kerajaan bercadang untuk membuat persempadanan kepada yang asal/semula supaya dapat melancarkan urus tadbir di kawasan ini?
119) STATUS ‘FLYOVER’ BULATAN BANDAR SAUJANA PUTRA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembangunan 'Flyover' di bulatan Bandar Saujana Putra bagi penyuraian lalulintas di waktu puncak?
120) PELAKSANAAN CFS DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan projek kebangsaan Central Forest Spine (CFS) untuk tahun 2019?
-
Berapa peruntukan dijangka digunakan untuk projek ini?
-
Adakah projek seperti ERCL akan menjejaskan projek CFS sebelah sempadan Negeri Selangor?