Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
261) Padang Cergas
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah spesifikasi dan kos pembinaan untuk Padang Cergas?
-
Senaraikan semua Padang Cergas yang telah dibina di Daerah Kuala Langat sejak tahun 2013.
262) Pengecualian Fi Lesen Penjaja
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah fi lesen penjaja yang telah ditanggung oleh pihak kerajaan sehingga kini?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan pengecualian fi lesen penjaja pada masa akan datang walaupun pendapatan kerajaan negeri terjejas berikutan penularan wabak Covid-19?
263) Premis-Premis MPK
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh MPK untuk membetulkan premis-premis seliaan MPK yang telah disewa tetapi pihak penyewa mengambil keuntungan untuk menyewa kepada pihak ketiga?
264) Premium Tanah
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Premium Tanah merupakan pendapatan utama bagi Kerajaan Negeri, apakah solusi dan rancangan kerajaan masa depan untuk mengurangkan kebergantungan ini?
265) Kilang Haram
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kilang haram terkini yang telah dikesan mengikut PBT?
-
Nyatakan garis panduan yang ada mengikut PBT dalam proses menutup kilang haram?
266) Institut Wanita Berdaya
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Siapakah yang memiliki IWB?
-
Siapakah ahli lembaga pengarah IWB?
-
Apakah KPI Kerajaan Negeri untuk IWB untuk tahun 2020?
267) Masalah Pencemaran Sungai
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah sungai yang tercemar ekoran industri-industri disepanjang sungai?
-
Apakah Kerajaan Negeri akan meminda undang-undang dan peruntukan bagi mengenakan tindakan yang lebih tegas keatas mereka yang mencemarkan sungai tersebut termasuk merampas tanah-tanah?
268) Skim Air Darul Ehsan – Persoalan Tentang Penerima Yang Layak Namun Berpindah Ke Alamat Baru
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Bagaimana penerima yang telah layak meneruskan skim ini sekiranya berpindah ke alamat baru? (buat masa kini dimaklumkan oleh pihak Air Selangor mereka tiada akses untuk mengemaskini maklumat terkini kerana penerima yang lulus dikatakan hanya diuruskan oleh kerajaan Negeri).
269) Skim Inisiatif Peduli Rakyat
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah perbelanjaan keseluruhan mengikut pecahan skim IPR bagi tahun 2020?
270) KES Dakwaan Pencemaran Sungai
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan kes pendakwaan pencemaran sungai yang sedang dibicarakan di mahkamah?
-
Apakah hukuman yang telah dikenakan setakat ini?