Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

291) INFRASTRUKTUR SUKAN DAN BAKAT BELIA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis


  1. Adakah kerajaan bercadang untuk membaik pulih infrastruktur gelanggang sukan yang
    terdapat di dalam negeri? Sekiranya ya, berapakah jumlah peruntukan yang akan
    diagihkan untuk membaik pulih gelanggang sukan yang uzur dan daif di Bukit Dun
    Melawati?

    Klik jawapan »

  2. Sehingga ke hari ini, berapakah peruntukan yang telah digunakan oleh pihak kerajaan
    dalam membantu program pencarian bakat sukan khususnya di kawasan desa?

    Klik jawapan »

292) SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis


  1. Sejak distrukturkan semula, berapakah bilangan penerima bagi SKIM MESRA di kawasan DUN
    Bukit Melawati?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah kerajaan untuk menggalakkan pendaftaran Skim MESRA kepada golongan
    penerima khususnya di kawasan luar bandar seperti DUN Bukit Melawati?

    Klik jawapan »

293) SEKOLAH DIGITAL SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis


  1. Apakah elemen utama yang menjadi kunci keberhasilan kepada inisiatif Sekolah Digital
    Selangor ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Universiti Selangor mempunyai prasarana dan kelengkapan yang bersesuaian
    dalam pembelajaran analisis data dan pembelajaran mesin?

    Klik jawapan »

294) USAHAWAN BAHARU DAN KREATIF

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis


  1. Adakah terdapat data yang menunjukkan jumlah usahawan yang telah menceburi
    ekonomi baharu dan kreatif di Selangor? Sekiranya ada, apakah bentuk ekonomi baharu
    dan kreatif yang diusahakan di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah terdapat apa-apa perancangan daripada kerajaan negeri atau agensi-agensi
    kerajaan dalam usaha untuk mendedahkan usahawan di luar bandar untuk menggunakan digitalisasi
    sebagai medium perniagaan? Sekiranya ada, apakah perancangan-perancangan tersebut?

    Klik jawapan »

295) PERUMAHAN BAHARU

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis


  1. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membangunkan kawasan-kawasan perumahan
    bahru di luar bandar? Sekiranya ada, dimanakah kawasan yang dirancang oleh kerajaan
    untuk dibangunkan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah rumah mampu milik di Selangor? Sekiranya
    ada, adakah kawasan-kawasan perumahan mampu milik akan turut dibina di kawasan
    luar bandar khususnya di DUN Bukit Melawati?

    Klik jawapan »

296) KEMISKINAN TEGAR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah penduduk di DUN Bukit Melawati yang masih lagi dikategorikan sebagai
    miskin tegar?

    Klik jawapan »

  2. Apakah inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menoktahkan isu miskin tegar?
    Bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa informasi dan akses kepada program bantuan
    mencapai keluarga yang benar-benar memerlukan di Bukit Melawati?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan jangka panjang kerajaan untuk menyokong kesinambungan hidup
    keluarga miskin tegar di Bukit Melawati, termasuk langkah mengurangi kebergantungan
    pada bantuan sosial?

    Klik jawapan »

297) PELANCONGAN DI BUKIT MELAWATI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mempromosi
    eko pelancongan di kawasan desa, sebagai contoh Bukit Melawati untuk dikunjungi oleh
    pengunjung daripada dalam dan luar negara?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerajaan akan meningkatkan potensi pelancongan semasa di kawasan seperti
    Pekan Lama, Tanjung Keramat, Pasir Penambang dan Taman Alam? Sekiranya ya, apakah
    langkah-langkah pihak kerajaan untuk melestarikan kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan pihak kerajaan untuk menjaga dan memulihara kawasan-kawasan
    pelancongan bersejarah seperti di Makam Anak Dara Tanjung Keramat, Pekan Lama dan
    lain-lain lagi?

    Klik jawapan »

298) PUSAT ADAPTASI PERUBAHAN IKLIM SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status berkenaan dengan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah inisiatif yang akan dilakukan oleh Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor bagi membantu menangani perubahan iklim di negeri ini?

    Klik jawapan »

299) PEMBAYARAN LUAR JANGKA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membayar RM45 juta kepada Puncak Niaga Holding sebagai pembayaran di luar jangkaan untuk menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah. Nyatakan tarikh pembayaran dibuat dan kaedah pembayaran serta syarat-syarat yang dikenakan kepada Puncak Niaga Holding.

    Klik jawapan »

300) SKIM JAMINAN AIR MENTAH

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Apakah keberkesanan peruntukan Kerajaan Negeri sejumlah RM300 juta di bawah Skim Jaminan Air Mentah untuk menjamin kelestarian bekalan air mentah di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »