Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

221) KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan kampung-kampung Melayu dalam negeri Selangor yang telah selesai dan belum selesai dipindahkan dari tempoh 15 tahun lepas akibat daripada kekeliruan status hak milik tanah mengikut tahun?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan secara terperinci berapa buah kampung tradisi Melayu, kampung baru Cina dan India yang terlibat dalam kekeliruan status hak milik tanah ini dan mempunyai potensi akan dipindahkan atas faktor pembangunan/kemajuan seperti Kampung Berembang,Koskan Tambahan, Desa Mukmin Warisan dan lain-lain?

    Klik jawapan »

  3. Apakah plan jangka masa pendek dan jangka masa panjang di pihak kerajaan terhadap tanah-tanah, rumah-rumah dan perkampungan yang terlibat?

    Klik jawapan »

222) PASAR AWAM & MEDAN SELERA MDSB

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis


  1. Senarai pasar awam harian/malam, medan selera dan pusat perniagaan milik MDSB di daerah Sabak Bernam yang ada kemudahan surau dan tandas serta yang tiada kemudahannya?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan harga permit perniagaan dan tapak pasar dari tahun 2019?

    Klik jawapan »

  3. Apakah faktor atau punca kenaikan permit serta senaraikan pasar-pasar yang terlibat dengan kenaikan tersebut?

    Klik jawapan »

223) NELAYAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jeti persendirian, jeti persatuan, dan jeti dari agensi di daerah Sabak Bernam?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak jeti-jeti yang mempunyai permit dan tidak mempunyai permit di daerah Sabak Bernam serta senaraikan jeti-jeti tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapa jumlah kebun kerang yang dimiliki oleh nelayan di daerah Sabak Bernam khasnya dan umumnya di negeri serta berapakah jumlah pengeluaran benih kerang di Selangor semenjak 5 tahun lepas?

    Klik jawapan »

224) HOMESTAY DI TANAH PERTANIAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimana kerajaan negeri mengurus homestay yang berada dalam kawasan tanah pertanian yang dijadikan sebagai pelancongan dan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bantuan khidmat nasihat dan saranan yang telah dan akan kerajaan berikan kepada pengusaha-pengusaha homestay di tanah pertanian?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan homestay di daerah Sabak Bernam yang berdaftar dan tidak berdaftar setelah pemutihan serta pengusahanya?

    Klik jawapan »

225) KELIP-KELIP DAN ENGGANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis


  1. Apakah plan jangka masa paendek dan jangka masa panjang bagi pelancongan di Sungai Panjang khusus di kawasan kelip-kelip dan enggang?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kerajaan negeri menguruskan prasarana yang terdapat di kawasan tersebut seperti jeti, tempat meninjau burung enggang dan lain-lain?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah papan iklan yang kerajaan negeri pamerkan, bagi mengiklankan kelip-kelip dan enggang di Sungai Panjang?

    Klik jawapan »

226) PETANI TANAMAN KONTAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis


  1. Berapa ramai petani-petani tanaman kontan di negeri Selangor yang mendapat bimbingan dari agensi yang bertanggungjawab?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha kerajaan negeri untuk mengekalkan tanah yang diusahakan tanaman kontan oleh mereka agar tidak disewakan kepada warga asing?

    Klik jawapan »

  3. Apakah terdapat peruntukan dari kerajaan negeri kepada agensi berbentuk baja, racun atau selainnya untuk diserahkan kepada petani-petani tersebut?

    Klik jawapan »

227) SEKOLAH RENDAH AGAMA UZUR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kerajaan negeri ada buat pemantauan terhadap sekolah-sekolah yang terlalu uzur seperti SRA Harmoni, Sekinchan yang sangat uzur dan membahayakan keselamatan pelajar dan warganya?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana kerajaan negeri mahu menyelesaikan sekolah-sekolah yang uzur ini kerana melibatkan nyawa guru dan pelajar?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah SRA yang menghadapi masalah bangunan uzur di Selangor dan senaraikan sekolah-sekolah tersebut dalam tempoh 15 tahun lepas?

    Klik jawapan »

228) HOSPITAL TANJUNG KARANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan kerajaan negeri kepada pengusaha ayam yang menyebabkan lalat terlalu banyak dan boleh masuk sampai ke dewan bedah hospital?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah keluasan tanah dan jumlah pengusaha ayam tesebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan mengambil maklum berkenaan perkara ini yang melibatkan kepentingan awam dan telah mengambil tindakan yang sewajarnya?

    Klik jawapan »

229) JUALAN EHSAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kerajaan telah merancang akan membuka oulet ataupun pengedar di setiap daerah?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak beras dan barang asasi yang mampu dibekalkan oleh Kerajaan Negeri melalui anak syarikat MBI iaiti PKPS dengan Jualan Ehsan bagi menjamin keterjaminan makanan asasi?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan barang dan harga yang dibekalkan oleh Jualan Ehsan?

    Klik jawapan »

230) KEBENARAN SOLAT JUMAAT KEPADA SURAU AR-RAIHAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah benar JAIS telah menarik balik kebenaran solat Jumaat kepada Surau Ar-Raihan Bandar Teknologi Kajang? Jika benar, apakah tidak dipertimbangkan akan berlaku ramai yang tidak akan menunaikan solat Jumaat akibat pembatalan kebenaran jumaat tersebut?

    Klik jawapan »