Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

221) WANITA DI PERINGKAT PEMBUAT KEPUTUSAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut


  1. Berapa bilangan terkini Ahli Majlis Wanita di Selangor mengikut parti politik?

    Klik jawapan »

  2. Berapa bilangan penjawat awam wanita di Selangor dan bilangan penjawat awam wanita sebagai pembuat keputusan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan?

    Klik jawapan »

222) KECICIRAN PELAJAR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan kerajaan terhadap keciciran pelajar?

    Klik jawapan »

  2. Apakah program yang dirancang oleh kerajaan bagi memastikan keciciran pelajar berkurangan?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah rakan strategik kerajaan untuk membantu mengenal pasti pelajar yang tercicir?

    Klik jawapan »

223) PERANAN JAWATANKUASA PILIHAN SEBAGAI MEKANISMA SEMAK DAN IMBANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendirian Dato' Menteri Besar mengenai fungsi Dewan Negeri Selangor amnya dan fungsi Jawatankuasa Pilihan khasnya sebagai mekanisma semak dan imbang demi akauntabiliti Kerajaan Negeri di atas segala tindakannya?

    Klik jawapan »

224) TANAH WAKAF YANG DIDAFTARKAN DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapakah keluasan tanah wakaf yang didaftarkan di Perbadanan Wakaf Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan terhadap pemajuan tanah-tanah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah sebarang bantuan kewangan berbantuk geran dari Kerajaan Negeri bagi tujuan pemajuan tanah-tanah tersebut?

    Klik jawapan »

225) PEMBUANGAN SAMPAH SECARA HARAM DI LUAR KAWASAN OPERASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut


  1. Sejauh mana aktiviti pembuangan sampah secara haram oleh peniaga dan penduduk kampung telah dikenal pasti oleh Pihak Berkuasa Tempatan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk membanteras kegiatan tersebut?

    Klik jawapan »

226) KESESAKAN LALU LINTAS DI LEBUHRAYA DALAM BANDAR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Mulut


  1. Kesesakan lalu lintas di lebuh raya dalam bandar yang semakin teruk. DUN Seri Serdang lebuh raya LDP yang mengalami kesesakan yang teruk. Apakah ada usaha Kerajaan Negeri berbincang dengan konsesi untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

227) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah Kuil yang berdaftar dan Kuil yang tidak berdaftar di Selangor sehingga 2023?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah Kuil yang telah dirobohkan disebabkan melanggar peraturan yang telah ditetapkan?

    Klik jawapan »

228) INFRASTRUKTUR LONGKANG DI JALAN WELMAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Apakah status kini berkenaan cadangan baik pulih longkang hadapan 2 baris kedai Jalan Welman, Rawang?

    Klik jawapan »

  2. JKR atau MPS yang bertanggungjawab untuk kerja selenggaraan longkang tersebut?

    Klik jawapan »

229) ELAUN AHLI-AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri dapat meningkatkan elaun Ahli-Ahli Majlis PBT memandangkan elaun yang ada tidak setimpal dengan kerja-kerja yang ada?

    Klik jawapan »

230) BIASISWA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut


  1. Minta kerajaan menjelaskan apakah kerajaan bersedia untuk mengemukakan satu kertas putih khas untuk menyusun strategi trajektori pekerjaan bagi anak Selangor yang mengambil biasiswa atau pinjaman pendidikan negeri sebagai galakan buat anak Selangor untuk berkhidmat semula di negeri tercinta?

    Klik jawapan »