Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

291) LAMPU JALAN DI KAWASAN LUAR BANDAR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menambah lampu jalan di kawasan luar bandar sekitar Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah prosedur untuk memohon peruntukan pemasangan lampu jalan bagi kawasan-kawasan kampung?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah lampu jalan yang telah dipasang di kawasan kampung di dalam DUN Bukit Melawati pada tahun 2023?

    Klik jawapan »

292) RUMAH PEKERJA LADANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri setakat hari ini dalam menyelesaikan isu rumah pekerja ladang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam memastikan pekerja ladang mendapat jumlah pampasan faedah berhenti kerja yang munasabah dan bermaruah?

    Klik jawapan »

293) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. CPTPP menawarkan bantuan TACB bagi membantu meningkatkan keupayaan eksport PKS. Apakah Kerajaan Negeri telah mengenalpasti PKS di Negeri Selangor yang bersesuaian bagi menerima TACB dan apakah kriteria yang digunakan dalam proses pemilihan PKS?

    Klik jawapan »

294) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. CPTPP menawarkan akses kepada pasaran perolehan kerajaan di 11 buah negara termasuk Australia, Jepun dan Kanada. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu usahawan Bumiputera menembusi pasaran tersebut dan memanfaatkan peluang-peluang yang ditawarkan?

    Klik jawapan »

295) PRESTASI PELABURAN NEGERI

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Pada tahun 2022, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama MIDA telah membawa masuk 10 pelaburan yang diluluskan (approved investments) yang tertinggi ke Negeri Selangor dengan jumlah melebihi RM30 bilion. Apakah unjuran Kerajaan Negeri pada tahun ini dan nyatakan kolaborasi yang dijalankan di antara MIDA dan Invest Selangor untuk menarik pelaburan yang berteknologi tinggi dan mencipta pekerjaan masa depan?

    Klik jawapan »

296) MEMPERKASA PENGEKSPORT DARI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk melahirkan lebih ramai pengeksport di kalangan pengusaha di Negeri Selangor memandangkan 45% daripada 12,000 ahli aktif pengeksport yang berdaftar dengan MATRADE adalah dari Negeri Selangor? Bagaimana PKNS dapat memainkan peranan yang lebih proaktif untuk menyokong Hari Eksport Selangor anjuran MATRADE dan mewujudkan partnership dalam ekosistem eksport?

    Klik jawapan »

297) PROJEK PEMBINAAN RANGKAIAN PAIP PEMBETUNGAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Apakah masalah sebenar kelewatan menyiapkan Projek Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan di Jalan Enggang, Jalan AU2 sehingga Jalan AU5, Hulu Kelang yang sudah berlarutan lebih 9 tahun? Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kontraktor utama, Puncak Niaga Construction yang gagal untuk menyiapkan mengikut jadual dan menimbulkan pelbagai kesusahan kepada rakyat dan pengguna jalanraya?

    Klik jawapan »

298) SKIM JAMINAN AIR MENTAH SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimana kemajuan pelaksanaan projek Skim Jaminan Air Mentah yang melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM300 juta? Senaraikan nama syarikat-syarikat yang mendapat pakej pembangunan 3 kolam SJAM dan apakah proses penganugerahan projek ini dibuat secara terbuka atau sebaliknya?

    Klik jawapan »

299) CLIMATE ACTIONS PLAN (CAP)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan menggubal Climate Actions Plan (CAP) di peringkat Kerajaan Tempatan memandangkan cara kehidupan dan cara bekerja di dalam sesebuah komuniti boleh menyumbang kepada usaha mengurangkan impak perubahan iklim? Bolehkah Kerajaan Negeri menyatakan langkah strategik yang sedang diambil untuk menjamin sustainability dan mengurangkan pelepasan karbon dalam komuniti sebagai panduan kepada pengguna dan pemaju?

    Klik jawapan »

300) PEMBAIKAN CERUN DAN IMPLIKASI KEWANGAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status kerja-kerja pembaikan cerun akibat tanah runtuh di Bukit Peras, Hulu Langat dan sekitar Father's Farm, Batang Kali yang meragut nyawa beberapa pengunjung di kawasan perkelahan? Apakah rasional Kerajaan Negeri menawarkan kedua-dua projek ini secara direct nego kepada syarikat yang sama dengan nilai projek sebanyak RM50 juta?

    Klik jawapan »