Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

151) PROJEK LANGAT 2

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status projek langat 2 dan impak yang akan terkesan di DUN Teratai?

    Klik jawapan »

152) PENGIKTIRAFAN KERAJAAN NEGERI TERHADAP FRONTLINER

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah bentuk pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap frontliner yang tidak didendang seperti KDEB? Mereka bekerja tanpa henti dan ramai yang dijangkiti wabak COVID 19.

153) BANTUAN KEPADA STAF PUSAT KHIDMAT ADUN SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan kerajaan dalam membantu kerani-kerani kawasan yang bekerja sewaktu pandemik melebihi dari masa hakiki bagi membantu rakyat dikawasan DUN masing-masing?

154) MASALAH STRATA TITLE DALAM KAWASAN DUN TERATAI

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status dan usaha kerajaan dalam permohonan strata Taman Saga Jalan Saga 25, 26 dan 27 yang tiada maklumblas balas lebih dari 2 tahun?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status dan usaha kerajaan dalam permohonan strata di Taman Lembah Maju?

    Klik jawapan »

  3. Apakah status dan usaha kerajaan dalam permohonan strata di A1-A7 Taman Cheras Hartamas?

    Klik jawapan »

155) PREMIER SMART STATE

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Di manakah Selangor kini berada dari segi tahap pencapaiannya dalam menjadi Premier Smart State?

    Klik jawapan »

  2. Apakah inovasi baru yang telah dibuat dalam agenda digitalisasi Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

156) FOODBANK KANAK-KANAK

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah objektif Foodbank Kanak-kanak dan nyatakan perlaksanaan serta pencapaiannya sehingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana penggunaan 1 juta untuk Foodbank Kanak-kanak dimanfaatkan?

    Klik jawapan »

157) PERTANIAN KOMUNITI

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apa yang ingin dicapai dengan program Pertanian Komuniti dan di manakah tahap pencapaian setakat ini?

  2. Bagaimana penyelarasan berlaku antara banyak program pertanian di peringkat negeri, daerah dan PBT?

158) JAMINAN MAKANAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kemampuan Selangor pada hari ini, dalam Jaminan Makanan iaitu keupayaan menyediakan makanan kepada penduduknya?

  2. Apakah perancangan Kerajaan Selangor dalam perkara Jaminan Makanan (Food Security)?

159) MB INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah inventori tanah milik Kerajaan Negeri Selangor bawah pengurusan MBI?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan perancangan Kerajaan terhadap stok tanah yang sedia ada.

    Klik jawapan »

160) PENYELESAIAN ISU PENCEMARAN AIR

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan isu pencemaran air di Selangor? Berapakah perbelanjaan yang digunakan?

    Klik jawapan »