Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
201) AGAMA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Kita sering mengkritik tentang pelbagai dasar dan program yang kurang memuaskan dari segi prestasi, tetapi apakah program yang dilaksanakan di Masjid mencapai prestasi. Apakah KPI yang dilaksanakan untuk mengukur program Ð program di Masjid?
-
Menurut Almarhum Prof. Ismail al-Faruqi, apabila masjid di bina, ia tidak lagi menjadi hak kepada orang atau golongan yang membinanya. Pemiliknya secara literal ialah Allah s.w.t. ini bererti secara literal juga tiada sesiapapun, sama ada individu atau kumpulan tertentu yang berhak untuk menguasai masjid sebagai Medan untuk menguasai masyarakat. Persoalannya, kenapa wujud penyalahgunaan kuasa, tiada ketelusan dalam pelantikan AJK masjid di sekitar Selangor sehingga ada laporan polis dibuat?
-
Terdapat khatib yang membaca khutbah tidak berdasarkan teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kenapa perkara sebegini boleh wujud? Mohon penjelasan
202) BANTUAN KEPADA PELAJAR UNISEL
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Tahun ini beberapa pelajar akan berjaya memasuki UNISEL. Dari bilangan ini berapa peratus adalah anak negeri Selangor dan di antara mereka berapa banyak yang menerima bantuan kewangan untuk menanggung pembelajaran mereka?
-
Nyatakan sumber bantuan mereka
203) PENUBUHAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapa belia yang sudah menyertai Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan apakah peranan mereka?
-
Berapakah peruntukan yang diberi kepada PeBT?
204) PUSAT RAWAT DAN REHAT (R&R)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bilakah pihak Kerajaan Negeri akan membina sebuah kawasan Rawat dan Rehat (R&R) di Jalan Persekutuan 5 peringkat daerah Sabak Bernam dan nyatakan apakah matlamatnya
-
Sila nyatakan berapakah keluasan tanah dan anggaran kos untuk pembinaan R&R tersebut
-
Sila nyatakan pihak manakah yang dipertanggungjawabkan untuk membina R&R tersebut.
205) KELAS TUISYEN PERCUMA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah dapat mengadakan kelas-kelas tuisyen percuma kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Berapakah jumlah peruntukan disediakan bagi kelas-kelas tuisyen tersebut
-
Setakat ini berapakah jumlah kelas dan pelajar yang mengikuti kelas tersebut
-
Hingga soalan ini dibuat sudah 3 bulan kelas berjalan, mengapakah hingga kini elaun pengajar dan penyelaras belum lagi dibayar?
206) SIASATAN SALAHLAKU KES-KES TANAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah prosedur yang ada di dalam Kerajaan Negeri bagi menyiasat pelbagai dakwaan salah laku yang melibatkan kes-kes tanah di negeri Selangor?
207) KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk melantik Yang Di Pertua Majlis Perbandaran dan Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah daripada kalangan bukan Melayu?
-
Berapakah jumlah-jumlah pengarah-pengarah di setiap Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh Negeri Selangor dari segi komposisi kaum?
208) PENGANGKUTAN AWAM SHAH ALAM
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Bandaraya Shah Alam menjadi ibu negeri Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi malangnya kemudahan pengangkutan awam adalah amat mendukacitakan . Sebagai contohnya penduduk di kawasan perumahan utara Shah Alam, U6,U10,U9 Shah Alam tidak mempunyai perkhidmatan bas yang menyeluruh . Syarikat bas yang sedia ada gagal melalui semua laluan dengan kepadatan penduduk yang bertambah . Apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini ?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengkoordinasi perkhidmatan bas dengan syarikat-syarikat bas swasta?
209) DATO’ BANDAR DAN YDP PBT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Malaysia adalah antara segelintir negara demokrasi yang melantik kakitangan awam untuk menerajui kerajaan tempatan sebagai DATO' Bandar dan YDP PBT. Amalan ini bercanggah dengan prinsip demokrasi kerana kakitangan awam adalah pelaksana dasar dan bukan peneraju penggubalan dasar kerajaan. Selaras dengan usul yang telah diluluskan oleh Sidang DUN agar Kerajaan berusaha memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan. Apakah langkah-langkah yang sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi kepincangan ini?
-
Apakah halangan atau sekatan di segi undang-undang dan peraturan Kerajaan Pusat yang menghalang Kerajaan Negeri melantik DATO' Bandar dan YDP PBT bukan di kalangan kakitangan awam?
-
Jika tiada sebarang halangan undang-undang, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk melantik DATO' Bandar dan YDP PBT bukan di kalangan kakitangan awam?
210) HUTAN LIPUR DAERAH HULU LANGAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan dan peruntukan kerajaan Selangor dalam membangunkan kawasan Hutan Lipur di Daerah Hulu Langat sebagai pusat eko-pelancongan?
-
Apakah syarat-syarat yang dikeluarkan kepada syarikat pengurusan hutan lipur Sg. Congkak, Hulu Langat?